CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3042|Reply: 0

Masa depan Damok semakin kabur

[Copy link]
Post time 14-11-2023 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman ketika Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang. - BERNAMA

SEPANG: Prestasi mengecewakan pelumba Moto3 negara Syarifuddin Azman pada perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam, kian menutup peluangnya meneruskan tunggangan musim depan.

Mentornya Muhammad Zulfahmi Khairuddin berkata lebih malang lagi, apabila pihak pengurusan SIC enggan membuat pelaburan kepada Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok musim depan, susulan persembahan hambar pada musim pertamanya tahun ini.

"SIC sudah beri kata putus, mereka tidak akan laburkan or berikan dana yang ada kepada Damok. Sekiranya ia berterusan saya perlu cari dana sendiri (bantu Damok).

"Malah, selepas keputusan minggu ini, ia sukarkan saya untuk berunding dengan pasukan lain," katanya ketika ditemui pada GP Malaysia 2023 di sini.



Semalam, Damok menamatkan saingan di tempat ke-20 yang juga tercorot dengan catatan 34 minit 25.180 saat, selain terlibat dalam kemalangan pada tiga pusingan terakhir sekali gus gagal menceriakan penyokong di laman sendiri.

Justeru, Muhammad Zulfahmi yang bertanggungjawab menguruskan karier Damok memaklumkan, akan terbang ke Litar Ricardo Tormo di Sepanyol dalam masa dua minggu lagi, bersempena pusingan akhir Moto3 bagi meyakinkan pasukan lain bagi menggunakan khidmat Damok.

Difahamkan, terdapat dua lagi pasukan Moto3 yang belum mengumumkan pelumba masing-masing musim depan.

September lepas, Muhammad Zulfahmi memaklumkan MT Helmets-MSi tidak mahu meneruskan khidmat Damok bagi musim 2024.

Ditanya sama ada Damok akan kembali beraksi di Kejuaraan Dunia JuniorGP tahun depan, pengurus pasukan ZK Racing itu berkata agak sukar untuk pelumba berusia 22 tahun itu berbuat demikian.

Muhammad Zulfahmi berkata kebanyakan pelumba Moto3 yang kembali semula ke Kejuaraan Dunia JuniorGP, dilihat bergelut untuk berentap bersama pelumba muda lain.

"Pelumba lebih muda daripada Damok lebih laju dan mereka memang bersedia ke kejuaraan dunia, berbanding pelumba kita yang sudah berumur dan tiada keputusan yang baik," katanya.

Tahun lepas, pelumba berusia 21 tahun itu yang berlumba untuk SIC Racing Team, menduduki tempat keempat keseluruhan dengan merekodkan 117 mata pada saingan Kejuaraan Dunia JuniorGP. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan ... damok-semakin-kabur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.059652 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list