CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 880|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 4 premis disita, 2 pusat hiburan diarah tutup

[Copy link]
Post time 13-11-2023 12:35 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA barangan yang disita. FOTO IHSAN DBKL

Kuala Lumpur: Empat premis disita dan dua pusat hiburan langgar syarat lesen diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan yang melaksanakan Tindakan Khas Premis Berisiko (Aktiviti Hiburan) di sekitar ibu kota kelmarin.

Operasi bermula 9 malam pada Jumaat lalu sehingga 2.30 pagi kelmarin diadakan di Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi, Jalan Pudu Ulu, Jalan Tun Razak dan Setapak, di sini.

DBKL berkata, hasil serbuan dan pemeriksaan pegawai penguatkuasa DBKL di 12 premis perniagaan restoran / pub berkenaan, DBKL mendapati premis turut mengadakan aktiviti hiburan membabitkan persembahan 'live' muzik, nyanyian karaoke dan DJ Muzik tanpa kebenaran dan kelulusan pihak berkuasa.

"Tindakan penutupan serta merta terhadap dua premis mengikut Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka tiga kertas siasatan (IP) mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) kerana mengadakan aktiviti hiburan (live muzik/DJ) tanpa kebenaran dan mengeluarkan tiga notis kompaun mengikut Undang-Undang Kecil Petempatan Makanan (WPKL) 2016 (Melantik Pembantu Tanpa Kebenaran)," katanya dalam kenyataan.



Menurutnya, dua notis kompaun dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (WPKL) 2016 serta 1 notis kompaun Undang-Undang Kecil Iklan (WPKL) 1982 (Pamer Iklan Tanpa Lesen).

"Pelbagai peralatan dan barangan sitaan terdiri daripada 'mixer sound', 'digital mixing console', pembesar suara, monitor, komputer riba dan lain-lain. Barangan dan peralatan muzik dihantar ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras bagi tujuan rekod dan penyimpanan sementara.

"Tindakan penguatkuasaan ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang lain sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iburan-diarah-tutup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190815 Replies : 7000
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112070 Replies : 4892
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 61846 Replies : 311
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18506 Replies : 18
Andika Putera dipuji makin hensem, makan sekali sehari je
RalineAndika Putera dipuji makin hensem, makan
Views : 11615 Replies : 18
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 23910 Replies : 12
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24925 Replies : 122
Ogy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekarang Garang!
piaoOgy Ahmad Daud Yang Dulunya Comel, Sekar
Views : 6921 Replies : 10
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 30941 Replies : 32
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67022 Replies : 507

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.066467 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list