View: 689|Reply: 0
|
Kemenangan meraih Piala MFL lonjak lagi semangat saya' - Ubai
[Copy link]
|
|
UBAIDULLAH idam kejuaraan trofi Piala Malaysia musim ini. -FOTO Ghazali Kori
Kuala Terengganu: Selepas cemerlang membantu pasukannya, Terengganu FC II (TFC II) mencipta sejarah muncul juara Piala MFL edisi pertama pada musim ini, pertahanan tengah skuad itu, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili idam cipta kejayaan kedua.
Jelas pemain berusia 20 tahun itu yang lebih mesra dipanggil 'Ubai', kejayaan bersama skuad The Turtles itu membakar lagi semangatnya jika diturunkan berdepan skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 8 Disember ini.
Terdahulu pemain skuad TFC II itu bersama Safwan Mazlan dan Muhammad Syahmi Zamri 'dinaikkan pangkat' oleh pengendali skuad utama, Tomislav Steinbruckner selepas beraksi cemerlang bersama skuad kendalian Hairuddin Omar.
Bagaimanapun bekas pemain skuad Projek FAM-MSN itu sedar posisi pertahanan tengah bukan mudah untuk direbut kerana perlu bersaing dengan tiga lagi pemain termasuk dua tonggak import iaitu Sardor Kulmatov dan Argzim Redzovic selain Safwan.
"Alhamdulillah kejayaan merangkul trofi pertama Piala MFL itu adalah impian dan sasaran awal sejak awal musim lagi.
"Sejujurnya kejayaan ini cukup berharga dan keputusan untuk bersama skuad ini adalah tepat.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -semangat-saya-ubai |
|
|
|
|
|
|
| |
|