CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22213|Reply: 123

[Tempatan] Mampukah kita untuk menyimpan 50% daripada gaji?

[Copy link]
Post time 12-11-2023 02:11 AM | Show all posts |Read mode
PERNAHKAH anda mendengar pengurusan wang radikal? Pada dasarnya, pengurusan wang jenis ini ialah anda menyimpan 50 peratus atau lebih daripada pendapatan.

Ia mungkin kelihatan seperti tidak masuk akal. Dengan paras gaji dan kos sara hidup zaman sekarang siapa sahaja yang boleh menyimpan separuh daripada pendapatan, betul?

Dalam 50 peratus wang yang diasingkan untuk simpanan itu, anda perlu bahagikan kepada beberapa bahagian seperti simpanan hari tua, simpanan untuk membeli sesuatu barangan (seperti bayaran muka kereta atau telefon baharu) dan simpanan kecemasan.

Dengan pengurusan wang radikal ini, anda akan mencapai target simpanan dengan lebih cepat dan sistematik.

Ia mungkin tidak masuk akal, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menyimpan 50 peratus daripada gaji.

Pilihan 1: Kurangkan perbelanjaan bulanan + Pendapatan kekal sama
Pilihan 2: Perbelanjaan bulanan kekal sama + Tingkatkan pendapatan
Pilihan 3: Kurangkan perbelanjaan bulanan + Tingkatkan pendapatan

Tidak pasti bagaimana untuk mula menyimpan separuh daripada gaji bulanan? Rujuk cara-cara di bawah.

Rekodkan setiap aliran keluar masuk wang
Jika anda ingin berada di landasan yang betul untuk menyimpan separuh daripada pendapatan, langkah pertama ialah merekodkan perbelanjaan. Ini akan membantu anda mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang ke mana perginya wang hasil titik peluh anda.

Sekiranya ini kali pertama anda mahu merekodkan perbelanjaan, anda dinasihatkan untuk melihat penyata bank yang lalu atau menjejaki perbelanjaan anda untuk 30 hari seterusnya.

Sebelum boleh mula membuat perubahan pada perbelanjaan anda, adalah penting untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang tabiat perbelanjaan semasa.

Lakukan cabaran tidak berbelanja selama 30 hari
Setelah anda menjejaki perbelanjaan selama 30 hari, anda dinasihatkan untuk melakukan cabaran tidak berbelanja selama sebulan.

Ini bermakna anda perlu mengehadkan perbelanjaan kepada perkara-perkara penting sahaja. Ini adalah cara mudah untuk mula menyimpan separuh daripada pendapatan anda.

Pastikan anda berusaha dengan jujur untuk tidak membelanjakan wang untuk perkara yang tidak penting seperti makan mewah di luar, membeli kopi setiap hari,  membeli-belah dan sebagainya.

Cabaran ini pasti akan menguji kemahuan anda dan ia mungkin akan mencabar untuk beberapa hari pertama. Ingat, matlamat kita bukanlah untuk menjadi sempurna tetapi untuk berusaha.

Tujuan utama melakukan cabaran ini adalah untuk membantu anda menentukan perbelanjaan manakah jatuh dalam kategori keperluan dan kehendak. Ia juga akan membantu anda mengetahui perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dihapuskan.

Rancang perbelanjaan dan simpanan
Sebaik sahaja anda sudah merekodkan perbelanjaan dan melakukan cabaran tidak berbelanja, sudah tiba masanya untuk membuat rancangan yang jelas untuk wang anda.

Ini akan lebih membantu anda untuk menyimpan separuh daripada pendapatan. Sama ada anda ingin membina dana kecemasan, membayar hutang, menyimpan untuk perkahwinan atau bayaran muka rumah atau bersara awal, mempunyai rancangan yang jelas untuk wang anda akan memudahkan penyimpanan.

Kurangkan perbelanjaan terbesar anda
Bagi kebanyakan orang, perbelanjaan terbesar mereka ialah rumah (sewa atau bayaran bulanan), pengangkutan dan makanan (barangan runcit dan makan di luar). Mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan ini adalah cara yang terbaik untuk bermula jika anda berminat untuk menyimpan separuh daripada pendapatan anda.

Walaupun pakar kewangan mengesyorkan untuk membelanjakan tidak lebih 30 peratus daripada pendapatan kasar bulanan anda untuk perumahan, ini menjadi lebih sukar untuk dicapai dengan gaji yang tidak stabil dan harga perumahan yang melambung tinggi di bandar.

Namun, fikirkan untuk sewa bilik berbanding rumah (sekirangan bujang) atau sewa rumah yang biasa-biasa sahaja berbanding rumah mewah yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti canggih.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpan la takat mampu. Tak perlu sampai menyiksa diri. Pastu ko depress. Pastu duit tu guna utk beli ubat depression. Habis begitu jua. Hidup hanya sekali, tapi jgn la sampai tak meyimpan langsung. Yg penting konsistent. Kalau 200 sebln pun sethn dah 2400 hengget.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
penasihat kewangan suruh simpan 20% je dari gaji bersih tapi kalau mampu simpan la lebih..hidup ni jangan la kedekut sangat, kerja teruk2 takkan tak enjoy langsung tapi kalau kerja sampai takde saving tu something wrong jugak, kena cek balik perbelanjaan sendiri salah kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 02:32 AM | Show all posts
in your wet dreams
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
zaman bujang dulu pernah simpan 1500 sebulan atau 40% dari gaji sbb nk kawen, tapi masa tu dok rumah bujang, naik motor gie kerja, kt kantin mkn nasi bujang, kdg2 puasa,
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 04:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Jujur aq cakap x mampu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2023 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Bujang boleh, dah berfamily x boleh
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg menyimpan (forced saving) 5 figures per month for retirement fund (tak termasuk epf ya, ini mmg portion dari gaji bersih yg aku simpan)... forced saving je yg berkesan kat aku dah bertahun2...

Biasa duit lebih2 yg kumpul tu baru buat beli emas or handbag or traveling... aku noticed jugak belanja aku mmg byk habis kat 3 category ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 08:28 AM | Show all posts
Aku pernah capai tahap ni ketika dah habis bayar loan kereta dan duduk menyewa bilik. Sekarang mustahil nak capai jika sudah ada bermacam loan kerana rata-rata gaji di malaysia ni rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Klh gaji 8k spending 4k boleh lh nk simpan 50%

Tp klu dh gaji 3746 hengget spending pn 3144 mna mau nya saving 50% oiii…

Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by shida81 at 12-11-2023 09:20 AM

Klu bdk br kj x de commitment boleh la.. Kn thn nafsu nk kete besar nk mkn sedap.. Bg mk pk 100 sebulan tp tggl umh mk
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 09:24 AM | Show all posts
Edited by midori888 at 12-11-2023 07:56 PM

hope tahun depan bole simpan lebih dari tahun nie...insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak mampu 50% , simpan 20% pun bagus. Yg penting ada slot untuk simpanan sikit monthly.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Single takde komitmen, tinggal dengan parents boleh la kot. Bila dah ada hutang kereta dan rumah, susah nak capat target tu. Makin besar periuk besar la keraknya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai x mampu sebab loan…. Maklumlah sebelah tangan dipegang bank!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu org pmpuan lps kawin duit gaji bleh kata 3/4 x berusik sbb sume guna duit laki…tp wlupun gtu iols tetap xboleh saving 50% gaji…hbs ke lain pulokk..x shopping, blnja org mkn, x pn booking hotel.. kena perang dgn nafsu sbnarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2023 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak mampu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
aku mg jenis berbelanja, simpan resit.
belanja keperluan meow lebih dari utk diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendapat aku, tak salah nak menyimpan ni. Tapi jangan la sampai seksa diri. Terlalu kedekut sampai nak belanja keluarga pun berkira. Makan pakai anak bini ala kadar. Tumpang mereka bersama kita ni, bawa la depa pi melancong, pegi pulau, naik kapal terbang, naik cruise. Cipta memori yg bila kita takdak nanti, mereka still ingat. Even spend untuk diri kita pun ok mcm tgk movie, melancong dgn kawan2, mkn fine dining sekali sekala.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak simpan 50%? Tgk baper gaji la.. baper besaq kerak.. giteww..
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak mampu. Ada duit sampai nak sampai gaji bln ke depan tu dah cukup baik dah pada aku.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa gaji kecik dulu, mcm boleh je simpan 50% . Bila gaji makin naik, amount monthly saving pun menurun sbb dah ade komitmen2 lain. Cuma aku rajin set up mcm2 tabung kat MAE utk macam2 benda mcm servis kereta, insurans kereta. Asalkan bayar zakat, bagi duit kat parents, sedekah, tak berhutang dgn org, aku rasa menabung 10% pun dah ok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.457470 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list