CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: achik2009

Keunggulan Francissca Peter tercalar?..Ramli MS mahu saman penganjur!

[Copy link]
Post time 12-8-2011 10:02 AM | Show all posts
kalau dah 7 bulan tak bayar macamana lak tu nak bg alasan?tiket tak sold out ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 10:31 AM | Show all posts
kes x ramai dtg ke konsert ka smp x mampu byr musician???
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 11:01 AM | Show all posts
penganjur ni silap org la
dont mess with abg Ramli
dia bukan baru setahun dua dlm bidang ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 05:14 PM | Show all posts
Cerita gosip lebih menonjol - Biar peminat tentukan
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 12:58 AM | Show all posts
Ramli ni aku tak tau dia ni kaya ke tak...tapi memang kedukut...
Dia ingat aku nak tipu dia, last2 aku pulak yang kena...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 01:45 PM | Show all posts
http://www.hmetro.com.my/articles/Franturutjadimangsa/Article

Fran turut jadi mangsa

KONSERT mega penghibur terkenal 80-an, Francissca Peter atau Fran bertemakan Keunggulan 33 Tahun di Istana Budaya sudah enam bulan berlalu, tetapi siapa sangka ada sesuatu yang berlaku hingga pengarah muziknya, Datuk Ramli MS mahu menyaman penganjurnya yang masih gagal melunaskan bayaran untuk persembahan dua malam iaitu 5 dan 6 Februari lalu.

Perkara yang didedahkan Ramli ketika menghadiri majlis berbuka puasa dan rakaman Melodi Raya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini, bukan hanya mengejutkan penggiat seni malah Fran sendiri. Ia bukan hanya membabitkan Ramli, malah beberapa pemuzik lain turut menjadi mangsa.

Fran mengakui tidak tahu menahu mengenai perkara itu sehinggalah dihubungi seorang kenalan memaklumkan mengenai kenyataan dibuat Ramli yang disiarkan Harian Metro, Sabtu lalu. “Saya terus mencari akhbar dan membacanya dan saya benar-benar terkejut. Tidak sangka perkara ini berlaku dan bagaimana ia boleh terjadi. Tidak sangka pengarah muzik sebagus dan sangat komited seperti Ramli ditipu sedemikian rupa,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Dalam nada kecewa, penyanyi yang popular dengan lagu Aku Hanya Pendatang itu turut berkongsi cerita sama. Rupa-rupanya penganjur konsert juga belum melunaskan sebahagian bayaran persembahan kepadanya.

“Sejak Februari lagi saya belum menerima baki bayaran persembahan dibuat. Saya sudah malas hendak memikirkan perkara itu. Tambahan pula tidak banyak perkara yang boleh saya kongsi di sini kerana ia sedang dalam urusan pihak peguam.

“Saya serahkan kepada peguam untuk menguruskan hal itu tetapi waktu sama, saya berharap perkara ini tidak mengganggu hidup saya. Apa yang saya harapkan adalah ketenangan dan berdoa agar masalah timbul dapat diselesaikan,” katanya.

Kata Fran, sudah tentu dia sangat sedih apabila perkara yang berlaku kepadanya turut terjadi kepada Ramli dan pemuzik lain. Katanya, walaupun masalah yang berlaku berpunca daripada penganjur, tapi ia konsertnya membuatkan sedikit sebanyak turut terpalit padanya.

“Saya hairan mengapa perkara seperti ini terjadi sedangkan peminat begitu menyokong saya sebaik saja keputusan mahu mengadakan konsert ini diumumkan.

“Bayangkan ada antara mereka sanggup menyimpan wang untuk menyaksikan persembahan saya di Istana Budaya. Mereka datang dari jauh seperti Britain, Singapura dan Brunei.

“Saya juga difahamkan ada peminat yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sewaktu mahu menyaksikan konsert saya, datang dan membeli tiket sekali lagi di malam kedua.

“Begitulah kuatnya sokongan mereka terhadap saya walaupun sudah agak lama saya menyepikan diri dalam industri muzik tempatan. Melihatkan kesungguhan yang mereka tunjukkan membuatkan saya berasa sebak sewaktu menyanyi pada malam itu, tetapi cuba mengawal kesedihan. Bagaimanapun sebaik konsert selesai, perkara sebaliknya pula yang berlaku,” katanya.

Fran berharap masalah yang timbul membabitkan soal bayaran ini tidak berpanjangan sehingga boleh memberi kesan kepada kredibilitinya sebagai penyanyi dan juga mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung. Katanya, berdirinya dia hari ini sehingga mampu bertahan dalam industri muzik atas sokongan peminat.

Sementara itu dalam kenyataan diberikan Ramli, pengarah muzik terkenal itu menjelaskan, bayaran untuk pasukan pemuzik dan tenaga kerjanya belum dilangsaikan sepenuhnya. Sehingga kini, hanya sebahagian daripada bayaran yang dijanjikan sudah diberikan tetapi separuh lagi tertunggak hingga ke hari ini.

Tuntutan sudah dihantar kepada pihak berkenaan dan kini peguam Ramli sedang menyediakan draf saman ke atas pengarahnya, Shegar dan wakil ticket2u.biz, yang turut memberikan janji bahawa bayaran akan dilangsaikan selepas 10 hari konsert berakhir.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2011 01:57 PM | Show all posts
Fran turut jadi mangsa

KONSERT mega penghibur terkenal 80-an, Francissca Peter atau Fran bert ...
avrilizana Post at 15-8-2011 13:45



    kesian kakak u olss!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 02:20 PM | Show all posts
selalu macam gini..part nak bayar 1001 alasan.. chq bk tertinggal lah.. chq habis lah.. kalau chq 'pop' dah common....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2011 04:03 PM | Show all posts
kesian kakak u olss!!!
samshik Post at 15-8-2011 13:57


kesian dorg kan??
sbb tu mek malas jadik retis...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 04:05 PM | Show all posts
haa kan imej dah tercalar... bior org lain pk dulu kalo nak tipoo abg ramli ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 08:59 AM | Show all posts
apa2pun..aku minat gile kat fran...go go fran!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 09:23 AM | Show all posts
ticket sold out kan..hbis mana pegi duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.056693 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list