CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12989|Reply: 71

Keunggulan Francissca Peter tercalar?..Ramli MS mahu saman penganjur!

[Copy link]
Post time 13-2-2011 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by achik2009 at 12-8-2011 08:35

Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my


MASIH seperti dahulu, Fran membuktikan yang dia masih hebat seperti dahulu.



MENABUR bakti mengerah keringat menghiburkan jutaan peminat sejak 33 tahun lalu langsung tidak pernah penat buat Francissca Peter.

Bagi dirinya tidak ada sekelumit perasaan jemu tatkala melihat peminat setianya terhibur dek alunan suara merdunya yang saban hari didambakan.

Malah dalam Konsert 33 Tahun Keunggulan Francissca Peter pada penghujung minggu lalu, hampir seluruh penonton yang hadir ke panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur larut dalam emosi.

Terbuai dengan rangkaian lagu-lagu malar segar penyanyi ini, bagaikan mengembalikan nostalgia lama bersama lagu-lagu yang pernah “membesarkan” jutaan peminat tegarnya.

Menariknya, Francissca atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fran ini cukup terkesan apabila melihat kebanyakan peminat yang hadir merupakan golongan muda yang hadir tanpa prejudis.

Sedangkan dia tahu, sewaktu namanya meniti puncak populariti dulu, sebilangan besar yang hadir masih terlalu kecil atau barangkali masih belum ada di dunia ini.

Inilah yang membuatkan Fran sayu. Menitis air mata gembira melihatkan dirinya masih lagi diterima ramai sedangkan dia tahu wajahnya sudah tidak kerap menerima tempias populariti.

Dalam tangis gembira itu, terselit juga cerita yang kurang enak mengenai konsert yang berskala besar itu.

Ramai peminat yang cukup kecewa dengan masalah teknikal yang wujud sehinggakan persembahan pada hari Sabtu yang lalu terpaksa ditunda lebih setengah jam.

Alasan pihak produksi, ada masalah teknikal yang berlaku yang tidak dapat dielakkan.

Namun Pancaindera dapat menghidu pelbagai masalah yang berlaku bukan sahaja berpunca daripada teknikal semata-mata tetapi ada cerita besar lain yang berlaku di belakang tabir.

Ada pihak yang mendakwa pemuzik orkestra yang mengiringi persembahan tiga malam tersebut meminta bayaran mereka dilunaskan sebanyak 70 peratus pada malam persembahan.

Orkestra yang dipimpin oleh Datuk Ramli MS itu juga tidak mahu meneruskan persembahan sehinggalah pihak produksi membayar sejumlah wang seperti mana yang diminta. Benarkah dakwaan tersebut?

Paling terkesan apabila persembahan pada malam terakhir tersebut yang dikatakan sedikit terganggu dengan pelbagai masalah teknikal yang melanda sehingga mengganggu keseluruhan persembahan.

Tidak mahu terus percaya pada cerita yang disampaikan, Pancaindera mencari orang yang bertanggungjawab dalam mengemudi Konsert 33 Tahun Keunggulan Francisca Peter untuk mendapatkan cerita yang sebenar.

Jangan tanya saya - Fran

CUKUP terkejut dengan pelbagai dakwaan tersebut, Fran nyata kecewa dengan apa yang sudah berlaku. Baginya, konsert pada 5 dan 6 Februari itu cukup berjaya dengan sambutan peminat yang hadir pada setiap malam.

“Saya tak tahu apa yang dah berlaku. Sebab masa persembahan itu saya berdiri sebagai penyanyi. Memang persembahan pada hari Sabtu dimulakan agak lewat.

“Alasan mereka ketika itu terdapat masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Jadi saya duduk di belakang pentas dan hanya menunggu masa untuk ke pentas.

“Kalau awak nak tahu apa yang terjadi, rasanya bolehlah tanya pada orang produksi. Mereka lebih tahu hal tersebut daripada saya.

“Hal duit tu pula, saya tak tahu apa-apa. Itu awak kena tanya Ramli MS sendiri,” jawab Frans tanpa berselindung.

Tidak mahu terus terheret dalam kancah kontroversi, Fran seboleh-bolehnya mahu cerita buruk ini dihentikan segera.

Cukup terkesan apabila cerita begini boleh timbul, akui Fran dia cukup sedih dengan pelbagai masalah yang timbul terutama insiden konsert dimulakan sedikit lewat.

“Memang saya risau dan sedih sebab ia dimulakan agak lewat tapi apa yang boleh saya buat. Hidup kita kan pendek, jadi nak tak nak kita kena teruskan hidup,” kata Fran lagi.



Credits to utusan online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2011 02:57 PM | Show all posts
kesian fran.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 03:05 PM | Show all posts
sebab orang belakang tabir punya tak pasal pasal fran yang kena
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 03:09 PM | Show all posts
reporter ni tanya kt fran kenapa..tanya la kt production / penganjur..

x pun tanya la kt ramli ms tu..

:@
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 03:09 PM | Show all posts
erkk.. ku dah agak citer ni mesti kuar..

bertabah kak fran!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 03:11 PM | Show all posts
ape2 pun hal2 camni tak mencalar kehebatan konsert tu. nama, lagu2 n suara dia sendiri dah cover kesemua tu. congrats my dear legend!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2011 03:12 PM | Show all posts
erkk.. ku dah agak citer ni mesti kuar..

bertabah kak fran!
avrilizana Post at 13-2-2011 15:09



betul ke pasal orchestra x nak main selagi tak byr 70% tu avril?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 03:15 PM | Show all posts
betul ke pasal orchestra x nak main selagi tak byr 70% tu avril?
ini_aku_la Post at 13-2-2011 15:12



ku tanak komen.. sbb ku xde kaitan ngn produksi ke apa ke.. hanya seorang peminat kak fran.. cuma rasa sedih je la bila dgr cite camni, tu je. yg penting konsert tu dah mmg sedia hebat n dpt menutup cite2 blakang tabir. kalau takde org kuarkan cite ni mesti takde org tau kan? :@
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2011 03:17 PM | Show all posts
ku tanak komen.. sbb ku xde kaitan ngn produksi ke apa ke.. hanya seorang peminat kak fran.. c ...
avrilizana Post at 13-2-2011 15:15



tu la nye..sian kak fran..udahla lama nk tgu dpt buat konsert..

td seronok tgk dia dlm melodi, comel je jawab pasal gossip ngan roy tu..

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 03:22 PM | Show all posts
tu la nye..sian kak fran..udahla lama nk tgu dpt buat konsert..

td seronok tgk dia dlm me ...
ini_aku_la Post at 13-2-2011 15:17


kan.. ape yg dh jadi tu sudah la. yg kesiannya fran.

hahah ku pun suka tgk melodi td. mmg ditunggu2.
esp when she paused n said, "i keep smiling on stage while singing with him, silly me"
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 03:26 PM | Show all posts
masalah tuh takdak kaitan kot dengan Fran. awat laa reporter tanya kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2011 03:29 PM | Show all posts
masalah tuh takdak kaitan kot dengan Fran. awat laa reporter tanya kat dia.
cik.panda Post at 13-2-2011 15:26



    kannnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 09:36 AM | Show all posts
aku nak komen sikit bukan apa..
33 tahun?
dia bukan ada dalam industri selama 33 thn pun.
maybe dia start 33 tahun dulu, tp kan dia menghilangkan diri dari industri hiburan malaysia.
jadi takdela kegemilangan 33 tahun pun.
lainla awie ke, amy ke, siti ke..
sebab dari dorang debut sampai sekarang ada dalam industri.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 10:19 AM | Show all posts
aku nak komen sikit bukan apa..
33 tahun?
dia bukan ada dalam industri selama 33 thn pun.
maybe d ...
perutlembu Post at 14-2-2011 09:36



    betul tu..aku follow kerjaya dia sbb mak aku layan lagu2 dia...seingat aku dia nyanyi dalam period 1981 - 1993, pastu ilang 5 tahun..moncol balik 1997 pastu ilang balik, moncol balik thun 2005 (lagu dia byk jd lagu tema drama)...pastu sampai skang byk jd penyanyi eksklusif kt mana2 function.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 10:29 AM | Show all posts
Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI




MENABUR bakti mengerah keringat menghiburkan jutaan peminat sejak ...
achik2009 Post at 13-2-2011 14:50


bagus cara beliau menjawab untuk menutup kontroversi, ialah di dalam kes ini tiada kaitan dengan  beliau pun, beliau hanya menyanyi, urusan bayaran etc dalah kerja pihak penganjur.

jikalau beliau membuka mulut lagi lah WPH suka sebab boleh menokok nambah cerita
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 11:17 AM | Show all posts
sblm dia nyanyi serius..dia dulu penyanyi club kalau x silap..
aku rasa mmg betul dia dah berkecimpung dlm industri seni 33 tahun..since dia 20's lagi dia dah start...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2011 11:40 AM | Show all posts
Tapi penganjur ni pun kenalah juga professional, kalau dah termaktub perjanjian kena byr 70% pada sekian2 tarikh kenalah tunai kan..kalau betullah apa yg didakwa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 12:06 PM | Show all posts
masalah teknika;l yang tidak boleh di terima
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 12:25 PM | Show all posts
x kan buat hal plak RMS nie
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 12:49 PM | Show all posts
kak fran mmg d best... sora dia unikkk sensangat... dlm bnyk masalah teknikal di cover nyer dgn kekuatan vokal yg ada... go go gurl!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.224086 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list