CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12086|Reply: 156

[Tempatan] Tahun ini paling teruk, Langkawi telah hilang daya tarikan pelancong

  [Copy link]
Post time 10-11-2023 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 12-11-2023 06:23 AM

ALOR SETAR – Kehadiran pelancong ke Langkawi yang semakin merosot sejak kebelakangan ini sehingga menyebabkan industri kedai makan dan kereta sewa di pulau itu mengalami kerugian banyak didorong oleh tindakan orang ramai yang lebih memilih Hatyai di Thailand sebagai destinasi percutian.

Malah, faktor harga makanan dan penginapan yang lebih murah di selatan Thailand turut menarik minat pelancong antarabangsa untuk memilih lokasi itu berbanding Langkawi.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, banyak sebenarnya tarikan ditawarkan di negara jiran itu termasuk perjalanan ke sana yang jauh lebih mudah.

“Mungkin ramai yang tidak mahu ke Langkawi disebabkan isu kekurangan trip feri dan ada yang takut apabila dimomokkan dengan harga makanan mahal.

“Sebenarnya, banyak kedai makan yang menawarkan harga berpatutan. Isu-isu atau dakwaan yang diviralkan kononnya kedai di Langkawi jual makanan cekik darah perlu diperbetulkan, mesti ada pihak yang menjelaskan isu ini kerana ia tidak menggambarkan ke­seluruhan peniaga di sini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurutnya, persepsi buruk kepada Langkawi juga perlu diperbetul­kan semula selain pihak yang terlibat tampil de­ngan pakej serta tarikan baharu dari semasa ke semasa.

Zainudin juga mendakwa, semakin ramai pengusaha makanan di pulau peranginan itu ‘bungkus’, manakala pemilik kereta sewa pula bertindak melelong kenderaan mereka kerana tidak mahu menanggung hutang bank ekoran kemerosotan pelancong ke Langkawi sejak kebelakangan ini.

Beliau menyifatkan Langkawi juga bakal bergelar ‘pekan hantu’ jika tiada langkah drastik daripada pihak kerajaan.

Zainudin berkata, bukti terbaharu apabila tempahan hotel di pulau peranginan negara itu sepanjang cuti Deepavali minggu depan hanya mencapai kadar 10 peratus bagi hotel tiga bintang ke bawah yang disifatkan terburuk berbanding tahun sebelum ini.

“Semakin ramai pengusaha terlibat dalam sektor ini terjejas. Sebagai contoh, sepanjang Oktober, sebanyak 31 daripada 163 pengusaha kedai makan atau restoran yang berdaftar dengan LTA sudah gulung tikar. Masing-masing sudah menjual perkakasan kedai mereka. Jumlah ini akan meningkat lagi jika tiada langkah proaktif daripada pihak terlibat.

“Minggu depan, cuti Deepavali dan sehingga hari ini tempahan hotel hanya 10 peratus untuk hotel bertaraf tiga bintang. Berbanding dengan tahun lepas, tahun ini paling teruk dan kerugian dijangka 58 peratus,” katanya lagi.

Tambah beliau, kebergantungan orang Langkawi kepada pelancong domestik sebelum ini mengakibatkan kemerosotan industri itu apabila pulau ber­kenaan tidak lagi menjadi pusat percutian popular.

“Langkawi akan jadi ‘pekan hantu’ lagi seperti pandemik Covid-19 dahulu. Isu utama, tidak ada promosi khusus untuk memeriahkan semula Langkawi. Jadi Langkawi kini sudah hilang tarikan untuk menjadi tarikan utama walaupun kepada pelancong domestik.

“Orang Langkawi tidak akan makan di luar lagi, jadi pengusaha terlibat hanya bergantung kepada pelancong jadi bila tidak ada pelancong memang bungkus semua. Pengusaha kereta sewa banyak mengeluh kerana mereka terpaksa melelong kereta,” katanya.

Justeru katanya, LTA berharap kerajaan negeri dan Persekutuan dapat duduk semeja untuk mencapai titik persamaan yang baik demi pelancongan di Langkawi.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2023 12:14 PM | Show all posts
sewa keta bagai pun mahal giler kat lgk..dgn rega makanan tepi2 jalan pun dah mcm harga kat kl..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 08:33 AM | Show all posts
Sementara itu kat sempadan..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde apa yang menarik dekat langkawi tu.. yang best cuma pinggan mangkuk murahan je lah dengan coklat.. tp skang ni kat genting premium outlet, mitsui outlet pun dah banyak mende2 murah cam periuk le creuset etc tu.. takyah susah payah shopping kat market level PPRT langkawi.. entah apa2 mall design murahan camtu.. baik laa aku bertenggek ke mitsui kot ye nak sopping mende murah
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2023 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak pernah rasa yg kos bercuti di langkawi tu mahal. Kalau dah rasa miskin tak berduit, jgn ambil hotel tepi pantai. Itu hotel utk org berduit. Cari hotel/motel seberang jalan pantai chenang. Lebih murah.
Bab mkn pulak, aku rasa makan nasi campur dalam airport langkawi paling murah antara makanan dalam airport di malaysia.
Untuk makan pulak, banyak jer kedai makan yg murah. Yg korang makan kat restoran tepi pantai, mmg lah mahal. Korang bungkus jer makanan luar, korang berkelah jer tepi pantai tu.
Yg jadi perbelanjaan lebih besar, sbb beli byk coklat. Sebenar nye tak murah pun coklat kat langkawi. Aku ke langkawi mmg tak borong coklat. Beli sekadar nak makan tepi pantai jer.
Sampai sekarang aku ok jer bercuti di langkawi
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
  
  penjelasan MB Kedah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2023 09:56 AM | Show all posts
pergi sana kos dah tinggi. sampai sana nak hadap kos lain yg mahal. dia sama je klu ke CH. ramai yg dah pergi sana kata harga makan mmg mahal. sekadar air manis + ayam goreng + sayur dan sepinggan berbelas ringgit.

feri pun dah la buruk, sempit,....harga tiket tetap naik.

harga kereta sana semua bebas cukai...tapi klu nak sewa harian tetaplah mahal mcm di semenanjung.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 10:24 AM | Show all posts
Orang Langkawi tidak akan makan di luar lagi, jadi pengusaha terlibat hanya bergantung kepada pelancong jadi bila tidak ada pelancong memang bungkus semua."

Orang Langkawi sendiri pun kosser nak hadap peniaga cekik darah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah ni peluang baik nak cikcur ke Langkawi ni. Tak ramai orang. Iols tak suka bersesak2
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Rohingok kan ada utk memeriahkan langkawi
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 12:09 PM | Show all posts
Kata ber aura Nusi tu... 10 persen ja ka? Tarik la pelacong ke negeri hang!


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 12:17 PM | Show all posts
Mekomer kat Langkawi tak reti meniaga. Bodoh!
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 12:32 PM | Show all posts
Hotel bukan private beach pun beratus-rarus..apooooo??
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua mahal..kenalah berjimat..yg mampu2 pi langkawi depa duk hotel 5 star ja..nak berehat rehat je katanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 12:35 PM | Show all posts
baik ke redang lg wow
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe sumpahan mahsuri baru nak start kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2023 12:40 PM | Show all posts
Abaikan je komen2 acik forum. Yang merudum tu pelancong asing.

Nasik dagang pak malau yang katanya cekik darah tu penuh ja parking sampai sendat. Feri pun kalau lambat tiket habis.

Tak nampak lagi ka di mana masalah?


Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 10-11-2023 10:43 AM
Wah ni peluang baik nak cikcur ke Langkawi ni. Tak ramai orang. Iols tak suka bersesak2

Aaa kan...tp musim hujan la pulak dah ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 12:57 PM | Show all posts
mahal sangat dah, siapa nak pergi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 10-11-2023 09:53 AM
penjelasan MB Kedah

Hahaha.. MB PAS ni mcm mana pun akan try kalih pi salahkan orang lain. Style tuan presideng dia jugak. Yg kata pelancong x pi langkawi tu, persatuan pelancongan langkawi. Tapi dia dok tuduh kerajaan pusat yg buat naratif. Lepas tu limitkan komen. Komen murni2 je boleh kat post tu.
Takziah la org langkawi. Hampa yg pangkah parti mamat ni dulu. Konon greater kedah. Apoo..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Peniaga Langkawi tekan lagi harga mahal mahal, Dari hotel sampai ke makanan, haaaa rasakan, pergi mampossss
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis sumpahan mahsuri..skrg kena sumpahan atok...
Org langkawi kena muhasabah diri...zaman senang dulu kemain tourists kena ketuk harga kaw2..semua benda mahal
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tukul replied at 10-11-2023 12:42 PM
Aaa kan...tp musim hujan la pulak dah ni kan

Masih sempat lagi ni. Hujan pun sekejap2 je. Kalau bulan depan kot ye takut banjir.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.325987 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list