CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35561|Reply: 325

"Majikan Bermewah-Mewahan, Pekerja Tercungap-Cungap- Individu Berang Syarikat Shuib Lambat Bayar Gaji, Tak Carum KWSP

[Copy link]
Post time 10-11-2023 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Seorang individu yang tidak diketahui identitinya mendakwa jenama Bubble Bee milik pelawak Shuib Sepahtu culas menjalankan tanggungjawab sebagai majikan dalam mencarum menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Menerusi TikTok, syarikat Bubble Bee dikatakan menolak bahagian gaji pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan, namun, tiada transaksi yang berlaku pada akaun para pekerja.


Foto: IG






“Sampai bila ya tak nak bayar KWSP pekerja? Setiap bulan dalam slip gaji untuk EPF ditolak sedangkan dalam I-Akaun KWSP tiada transaksi kemasukan duit dibuat. Ke manakah duit yang hilang hasil daripada penolakan EPF di dalam setiap slip gaji pekerja tu?


“Pekerja bukan seorang dua tapi beratus. Benda ini menjadi tanda tanya semua orang yang bekerja di bawah syarikat anda. Masuk sahaja tahun 2023 tiada sebarang pembayaran KWSP dibuat. Kalau ada pun hanya satu bulan atau pun dua bulan sahaja, itu pun sekadar mengaburi mata pihak yang lain.


“Sekarang ini dah hampir ke penghujung tahun, ke manakah bayaran bulan bulan yang selebihnya itu ya? Sejak tahun 2021 sehingga 2022 tiada sebarang isu mengenai pembayaran KWSP ni tapi masuk je 2023 hal ini menjadi semakin melampaui batas,” tulis individu berkenaan.







Tambahnya, syarikat itu juga dikatakan kerap lewat membayar gaji pekerja, sehinggakan melebihi hari ketujuh minggu pertama bulan berikutnya.


“Cut off gaji 23 haribulan tapi gaji tetap dapat lewat 7 haribulan ataupun lebih dari 7 haribulan. Setiap double pay dan OT dibayar lewat pertengahan bulan. Kenapa pihak anda sentiasa menunda hak pekeria bawahan anda? Anda boleh membeli warehouse yang baru tapi boleh saya tahu kenapa anda tidak mahu membayar KWSP pekerja anda?


  



“Orang luar boleh cakap ‘tahniah anak melayu berjaya’ tapi hakikatnya? Kebajikan pekerja hauk, berapa ramai pekerja keluar masuk dalam beberapa tahun ni disebabkan bahagian pengurusan atasan bermasalah dan isu KWSP ini juga.


“Anda nampak gah di mata orang lain tapi hakikatnya anda seperti tin kosong sahaja. Anda sangat terkenal tapi tu bukan tiket untuk anda menganiayai orang yang sedang mencari rezeki. Jagalah imej anda dengan baik, kerana bila-bila masa sahaja anda akan jatuh,” luahnya.


  



Individu itu juga mendakwa, aduan ke KWSP dan Buruh sudah dibuat, tetapi pihak berkenaan senyap seperti tiada aduan dibuat. Selain itu, individu yang sama turut memberitahu setiap komen di Instagram yang bertanya tentang gaji dan KWSP akan dipadam dan diblock.


“Untung RM150 juta tapi daripada berbelas belas pekerja dah jadi empat orang pekerja hanya kerana disingkirkan oleh pihak syarikat. Untung RM150 juta tapi medical claim pekerja tiba tiba tak boleh nak guna kerana ditarik balik dengan alasan sales slow dan tak boleh nak bagi kemudahan medical claim lagi.




  



“Untung RM150 juta tapi bonus tak mampu nak bagi dekat pekerja. Untung RM150 juta tapi nak bagi duit raya dekat pekerja pun bersyarat. Yang penting untung RM150 juta tapi dah nak masuk setahun tak bayar KWSP dan SOCSO pekerja.


“Akhir sekali, majikan bermewah-mewahan tapi pekerja tercungap-cungap. Semoga ada keadilan yang akan menyusul untuk anak-anak lebah yang telah mahupun yang sedang membanting tulang walaupun langsung tidak dihargai majikan. Mohon doakan,” tulisnya.


Individu tersebut juga turut menyertakan tangkap layar yang menunjukkan dia telah disekat daripada mengikuti akaun Shuib. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2023 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Haaaa..bongkar lagi..bongkarrr
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 10-11-2023 09:00 AM

Laaa kenapa x report pada pejabat buruh dan kwsp. SG pernah come cross company yg kena heret by epf ke court sebab x bayar epf pekerja.

Jgn risau kalau diberhentikan sebab buat report ni. Sebab majikan x boleh sewenang2 nya berhentikan pekerja sebab buat report. Kalau diberhentikan, kena bayar pampasan dan sebab berhenti. Kalau diberhentikan sebab buat aduan, naik lah court lagi skali majikan tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:06 AM | Show all posts
SalenaGomez replied at 10-11-2023 08:59 AM
Laaa kenapa x report pada pejabat buruh dan kwsp. SG pernah come cross company yg kena heret by epf  ...

tak baca habis ke cik kak. kan dia kata laporan buruh dan kwsp dah dibuat. haiya
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:12 AM | Show all posts
I tak sabar nak tunggu response Shuib
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:15 AM | Show all posts
hahaha meolls gelak jahat.. nanti melingkup le bubblebee ni tengok kat signage gudang pun hurf 'B' pun malu nak eja BHD.. ekekekekehOI SOeb.. hidop jgn nak membongak sgt nnti melingkup kene boikot.. ekekekek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak eh duit soeb ni....senang2 je beli rumah mewah lepas kawin dgn watie....rumah sebelum ni pun dah cukup mewah dah rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:16 AM | Show all posts
serious la epf buat bodo je walaupun dah buat report? co iolss ada la berapa bulan terlambat sikitttt bayar epf. bukan takat call, dorang datang opis terus ok!
ni takde buat report tau!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
soeb soeb ..apa nak jadi la kau ni
harap keadilan utk semua pekerja2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Samer jr ek pesen ponder2 nie..sukor burger pn isu cmni..tp menayang sports car ape sumer..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:28 AM | Show all posts
mana pegi B?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini baru hot tea
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
auntyonion replied at 10-11-2023 09:27 AM
Samer jr ek pesen ponder2 nie..sukor burger pn isu cmni..tp menayang sports car ape sumer..

Sukor beger dah boleh tukar nama panggil sukor sambal hari2 24/7 live kat shopee jual sambal. Dah 50k botol sambal sold out w/pun raaamaaaiii yg complaint bila sambal sampai leaking la..kemik la..sambal masam laa
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:43 AM | Show all posts
gigi si watie ni veneer eh??
seram mcm porcelain
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:44 AM | Show all posts
terpaling baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ko kn... sudahnya.. pekerja2 ko..ko aniaya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
auntyonion replied at 10-11-2023 09:27 AM
Samer jr ek pesen ponder2 nie..sukor burger pn isu cmni..tp menayang sports car ape sumer..

Wah sukur pun.tak byr kwsp ke..tgk terpaling sgt dia kt fb
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Zalimnya majikan aniaya pekerja macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
auntyonion replied at 10-11-2023 09:27 AM
Samer jr ek pesen ponder2 nie..sukor burger pn isu cmni..tp menayang sports car ape sumer..

Wehh dia pun sama perangai busuk gak ke? Kat fb kemain mcm bagoss.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:57 AM | Show all posts
Meanwhile..."Bila saya kata boleh, terus dia sewa satu pawagam. Kau rasa? Masa itulah perkenalan kami bermula, bertentang mata," katanya...

Sekarang dah kawin, dah tak perlu nak sewa 1 pawagam lagi, harap dah boleh focus balik pada business.  Kesian kat anak2 muda yg bekerja mencari rezeki, tak kan nak kerja kat starbuck, mdc plak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
missHaidiD replied at 10-11-2023 09:45 AM
Wah sukur pun.tak byr kwsp ke..tgk terpaling sgt dia kt fb

Huh..bagos lagi mekdi at least bayo kwsp walaupun dicop bersubahat dgn yehudi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.058066 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list