CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 496|Reply: 0

[Perak] [VIDEO] Individu cabut misai harimau belang untuk tuah, tangkal kini ‘diburu’

[Copy link]
Post time 9-11-2023 11:46 PM | Show all posts |Read mode
[VIDEO] Individu cabut misai harimau belang untuk tuah, tangkal kini ‘diburu’


Tindakan beberapa individu yang mencabut misai harimau belang yang mati dirempuh treler di Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Gua Tempurung di Gopeng.



IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan menjalankan siasatan berhubung video tular yang memaparkan tindakan individu mencabut misai harimau belang yang mati dilanggar treler di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung dekat Gopeng hari ini.

Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu akan dilakukan pihaknya dalam masa terdekat.

“Kita akan siasat dan pegawai saya akan buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial klip video berdurasi 24 saat, memaparkan tindakan beberapa individu mencabut misai daripada bangkai harimau belang jantan yang maut dalam kejadian awal pagi ini.

Difahamkan, tindakan individu tidak bertanggungjawab itu kerana percaya tinggalan daripada harimau seperti misai dan gigi mampu membawa tuah hingga ada antara mereka yang menjadikannya sebagai tangkal.

Sementara itu, Yusoff berkata, siasatan pihaknya di lokasi harimau belang itu dijumpai mendapati haiwan liar itu tercampak di tengah pembahagi jalan selepas dilanggar sebuah treler.

Bagaimanapun katanya, treler tersebut tidak memberhentikan kenderaannya.

“Bangkai harimau belang itu telah dialihkan ke tepi jalan oleh kakitangan PLUS yang sedang menjalankan kerja-kerja membaiki jalan.

“Hasil pemeriksaan dan penelitian pada bangkai harimau belang itu mendapati haiwan dianggarkan seberat 100 kilogram itu berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun,” katanya.

Tambah beliau, kawasan kejadian adalah berdekatan dengan Hutan Simpan Bukit Kinta di mana harimau belang yang mati itu disyaki haiwan sama yang telah menimbulkan konflik di beberapa lokasi di sekitar kawasan tersebut.

“Perhilitan Daerah Kinta pernah menerima aduan serangan harimau belang ke atas ternakan di Kampung Jelintoh, Gopeng pada 20 Oktober lalu.

“Sebagai tindakan susulan, perangkap telah dipasang pada 25 Oktober lalu di kawasan Kampung Jahang selain memasang perangkap kamera bagi memantau pergerakan haiwan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... angkal-kini-diburu/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.082071 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list