CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3417|Reply: 0

[Perlis] Bomoh, penganggur aktif pecah rumah diberkas

[Copy link]
Post time 9-11-2023 05:59 PM | Show all posts |Read mode

YUSHARIFUDDIN melihat senjata berbalut kain kuning yang dirampas polis di sebuah rumah di Kampung Repoh, Kangar, baru-baru ini.

KANGAR – Kelicikan seorang bomoh dan rakan subahatnya yang aktif melakukan jenayah curi dan pecah rumah akhirnya tumpas selepas mereka ditahan polis serbuan di sebuah rumah di Repoh, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya mendapat maklumat tentang kegiatan suspek susulan satu laporan polis berkaitan kes curi di sebuah kedai runcit di Taman Sena, di sini pada pukul 10.56 malam, Ahad lalu.

“Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan pembantu kedai membuat laporan polis selepas menyedari beg dan sebuah motosikal miliknya hilang.

“Siasatan polis mendapati salah seorang suspek memasuki premis dan mengambil beg sandang sebelum kembali semula kira-kira 20 minit dan melarikan motosikal menggunakan kunci yang ditemui di dalam beg dicurinya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, di sini hari ini.

Kata beliau, berdasarkan maklumat dan risikan maklumat, polis kemudian menggerakkan satu operasi dan menyerbu sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Repoh pada pukul 9 malam pada Isnin lalu.

Menurutnya, polis menahan suspek utama seorang bomoh berusia 49 tahun dan seorang pengganggur yang juga rakan sekampungnya berusia 23 tahun.

“Kedua-dua suspek mengaku terlibat sekurang-kurangnya empat kes pecah rumah sekitar Kangar melibatkan dengan nilai kecurian RM43,600 dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan kes lain dilakukan mereka,” ujarnya.

Menurutnya, ujian urin pula mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kedua-dua mereka mempunyai rekod lampau kes jenayah dan dadah. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... cah-rumah-diberkas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.086683 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list