CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 604|Reply: 0

Tiga pemain negara ke separuh akhir

[Copy link]
Post time 9-11-2023 12:22 PM | Show all posts |Read mode

Sivasangari mengenepikan cabaran pemain Hong Kong, Ka Yi Lee. - Foto ihsan PSA World Tour

SEREMBAN: Tiga pemain negara mempamerkan kehebatan masing-masing apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Piala Skuasy ACE Malaysia 2023, di Gelanggang Skuasy Kompleks Sukan Haji Mohd Said Seremban 2, di sini, sebentar tadi.

Rachel Arnold menewaskan pemain pilihan kedua kejohanan, Farida Mohamed dari Mesir, 11-8, 9-11, 11-7 dan 11-5 dalam pertembungan satu jam 10 minit.

"Saya rasa agak terkejut juga kerana dapat menewaskan Farida kerana dia pemain hebat dan mungkin dia tidak berada pada tahap terbaik apabila banyak melakukan kesilapan.

"Kesempatan itu saya gunakan sebaik mungkin untuk menyekat kebangkitannya terutama pada set ketiga.



"Saya sangat gembira kerana dapat mengekalkan momentum dan memenangi perlawanan hari ini untuk meneruskan cabaran ke peringkat separuh akhir walaupun dari awal tidak menyangka mampu melangkah sejauh ini," katanya ketika ditemui.

Rachel yang juga pilihan kelima kejohanan bakal menentang Malak Khafagy dari Mesir pada pertembungan separuh akhir esok.

Pemenang pingat emas acara berpasukan Sukan Asia 2022 di Hangzhou China itu mengakui bakal berdepan cabaran getir walaupun tidak arif mengenai kekuatan lawannya itu.

"Saya akan berusaha mengekalkan prestasi terbaik untuk memenangi perlawanan esok," katanya.

Sementara itu, S Sivasangari menepati ramalan apabila menang mudah ke atas wakil Hong Kong, Ka Yi Lee, 11-9, 11-9 dan 11-5 dalam tempoh satu jam.

Dia yang tampil selaku pilihan ketujuh terpaksa bekerja keras selepas lawan memberikan saingan sengit sepanjang tiga set permainan.

"Saya jangkakan esok adalah cabaran sebenar bagi saya kerana bakal bertemu pilihan pertama, Nour El Tayeb (Mesir), namun saya akan cuba mengekalkan rentak permainan dan berharap dapat memenangi perlawanan," katanya.

Turut melangkah ke separuh akhir ialah Ng Eain Yow yang menewaskan pemain Perancis, Sebastian Bonmalais, 11-6,11-9,11-2, untuk bertemu pilihan kedua Karim Abdel Gawad dari Mesir.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ra-ke-separuh-akhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.041113 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list