View: 6856|Reply: 48
|
Tia Jinbara Meninggal Dunia
[Copy link]
|
|
Edited by Perawankota at 8-11-2023 10:23 PM
Innalillahhiwainnailaihirojiun. Kita dikejutkan sekali lagi dengan pemergian seorang lagi artis, Tia dari kumpulan Jinbara.
Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan Di kalangan orang-orang yang beriman.
Sekadar memetik berita 3 hari lepas.
MASUK HOSPITAL SELEPAS MENGADU SAKIT PERUT - TIA JINBARA DISAHKAN HIDAP BARAH HATI
Bekas vokalis kumpulan Jinbara, Tia atau nama sebenar, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, telah disahkan menghidap barah hati selepas mengadu sakit perut dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam, sejak Rabu lalu.
Berkongsi perkembangan terkini penyanyi itu, isteri merangkap pengurusnya iaitu Suzan Ahmad berkata, Tia yang dimasukkan ke pusat perubatan itu berada dalam keadaan stabil di bawah pemantauan doktor.
"Tia dimasukkan ke hospital Rabu lalu selepas mengadu sakit perut. Sebenarnya, sakit di bahagian perut itu sudah lama tapi abaikan. Disebabkan tak tahan sakit, saya bawa dia ke hospital.
"Selepas menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan yang terakhir, CT Scan, barulah doktor sahkan ada ketumbuhan pada hati iaitu barah.
"Tia kini stabil dan sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang kerana ada pakar di situ. Mungkin minggu depan baru dapat tahu jenis rawatan bagaimana yang boleh mereka lakukan" kata Suzan yang mendirikan rumah tangga dengan Tia pada Mei 2009.
Sementara itu, ditanya penerimaan Tia yang merupakan bekas peserta program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu terhadap berita berkenaan, Suzan memberitahu, suaminya ini sangat kuat.
"Sejujurnya memang susah nak jelaskan pada dia. Suami beritahu saya, dia mahu terus hidup. Saya cakap padanya, selagi ada cara untuk merawatnya, kita akan cuba tak kisahlah dengan apa cara sekali pun.
"Alhamdulillah dia sangat tenang ketika menerima perkhabaran itu. Sebagai isteri, saya kena tunjukkan padanya yang saya juga kuat dan tabah.
"Cuma dia pesan, biarlah proses rawatan penyakitnya dipercepatkan. Difahamkan doktor di sini sudah pun berbincang dengar pakar di Hospital Selayang untuk mempercepatkan proses rawatan," ujarnya dalam nada sebak.
Sehubungan itu, Suzan yang juga bekas wartawan Berita Harian (BH) ini berharap peminat penyanyi yang popular dengan lagu 'Farhana' (Puteri Bumi Kenyalang) itu dapat memanjatkan doa semoga suaminya itu segera sembuh.
.
Kredit : myartis
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
innalillahiwainnailaihirajiun.. semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 soleh dan beriman disisi Allah swt, diampunkan dosa2 beliau dan rohnya dicucuri rahmat. aamiin. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah wanna ilaihi rojiun..sedihnya baca |
|
|
|
|
|
|
|
Innallillah..salam takziah buat famili.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya allah... Salam takziah... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnalillahirajiun..
Salam takziah utk fmly |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون
Salam takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailahirajiun… baru tahu penyakit rabu lepas, hari ni dah pergi… mati itu pasti. Salam takziah buat arwah sekeluarga… |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi rojiuun
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu
Moga husnul khotimah
Semoga keluarga alarhum tabah dan sabar dengan ujian ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa baru je baca dia kne diagnos...salam takziah...mati ITU pasti.... |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Xprasan ada masuk gv4.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnahirojiun....salam takziah buat keluarga arwah |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah. Masa gv4 dulu tunjuk ang tia dgn wife dia comel je. |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.
Biasa tau2 dah stage akhir. Just like my dad.
Lung cancer. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi rojiuun
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu
Moga husnul khotimah
Salam takzih untuk keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainailaihirajiun… |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru pagi tadi baca berita dia perlukan 250K untuk liver transplant. Al fatihah abang Tia |
|
|
|
|
|
|
| |
|