View: 2001|Reply: 0
|
5 Tugas Hakiki Si Suami Apabila Isteri Dalam Pantang, Jangan ‘Selesa’ Lepas Ke Mak Mentua!
[Copy link]
|
|
Bila sampai masanya isteri bakal menempuhi tempoh pantang bersalin, kebiasaanya si suami akan menghantar isteri ke kampung ibunya sendiri atau ibu mentua. Bukan sahaja isteri dapat penjagaan yang rapi malah tugas suami untuk menjaga isteri dalam keadaan berpantang ini juga lebih mudah kan?
Tapi, jangan terlampau selesa kerana sebenarnya ini merupakan tugas suami untuk menjaga keperluan isteri dalam berpantang. Bukan tidak boleh meminta bantuan mak atau mak mentua tetapi, lima tugas hakiki suami ini perlu dilangsaikan!
Ramai suami yang kadang-kadang ambil ringan soal tanggungjawab dalam menjaga isteri dalam pantang. Ikuti perkongsian lanjut dari lelaki ini. Ini satu pesanan untuk suami yang ada isteri dalam pantang. Jangan biarkan isteri dijaga mak atau ibu mentua kerana tanggungjawab itu adalah di bawah tugas anda!
Pesanan untuk suami untuk berkongsi tips menjaga isteri dalam pantang selepas bersalin. Menurutnya, ada segelintir suami yang beri alasan mengatakan tidak tahu menjaga isteri dalam pantang dan kemudiannya serah tugas itu pada mak atau ibu mentua.
Kalau mak mentua atau mak sendiri masih sihat, mungkinlah boleh tolong tapi bagaimana kalau kedua-duanya sudah uzur kemudian suami pula tak ambil peduli, tentunya ia mengganggu emosi isteri. Silap haribulan boleh meroyan satu badan! Lima tips dan pesanan untuk suami semasa jaga isteri dalam pantang:
#1 Sediakan makanan berpantang isteri
Walaupun suami tidak pandai masak, namun suami perlu ambil tahu semua jenis sayur dan ikan supaya dapat mengelak isteri makan benda yang boleh menyebabkan angin dan sejuk.
Antara sayur yang mudah disediakan seperti sawi dan lobak putih yang boleh lancarkan susu badan. Manakala ikan pula boleh pilih ikan salmon atau ikan selar. Masakan dalam pantang mestilah yang banyak halia dan bawang putih supaya badan terasa panas sedikit. Bagi tambah tenaga dan susu badan pula, anda boleh berikan isteri makan kurma cina atau longan kering.
#2 Belajar mandikan anak dan siapkan segala keperluan isteri
Ini part paling penting suami kena belajar, iaitu cara mandikan baby sebab badan si kecil itu masih lembut dan sensitif. Maka ada perlu mandikannya dengan air suam. Bagi isteri pula, dia mesti mengenakan pakaian longgar dan selesa. Kemudian kemaskan rambut isteri dan letak pilis atas dahi.
Bagi anak lelaki pula, anda kena pandai tuam zakar mereka supaya tak kena angin pasang. Manakala isteri pula kena selalu bertungku.
#3 Tanam uri anak
Suami kena tahu cara cuci dan bersihkan uri anak. Setelah itu tanam di tempat yang sesuai supaya tiada haiwan datang korek.
#4 Berjaga anak tengah malam
Pesanan untuk suami juga, tolong jaga anak masa tengah malam dan jangan biarkan isteri seorang saja bangun malam. Ini kerana, isteri sudah habis tenaga melahirkan zuriat kalian, maka ini masanya untuk anda pula menjaga si kecil itu.
Ada tiga perkara yang menyebabkan bayi terjaga di waktu malam iaitu lapar nak susu, lampin basah atau kembung perut.
Sebab itu penting untuk anda tambah ilmu tentang cara bancuh susu, tukar lampin, cara bersihkan punggung bayi dan perlu tahu jika bayi mengalami kembung perut. Pendek kata, semua ilmu ini anda perlu tahu.
#5 Susun jadual kerja elok-elok
Suami tentulah ada tugas kerja yang perlu dipenuhi, jadi susun jadual kerja anda sebaiknya supaya tidak mengganggu tanggungjawab baru ini. Sebelum keluar ke tempat kerja, pastikan isteri dan anak sudah mandi. Sediakan makanan isteri siap-siap. Siapkan juga segala keperluan bayi seperti cuci botol susu, siapkan lampin, sediakan pakaian bayi dan sebagainya..
Paling penting, semasa ketiadaan anda, pastikan ada orang yang teman isteri dan jangan biarkan dia keseorangan. Minta jiran, anak sudara atau sesiapa saja yang free untuk teman isteri di rumah.
*Semoga bermanfaat dan selamat berjaya para suami semua!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|