View: 2030|Reply: 0
|
1,500 atlet bakal bersaing di SUKSES ke-14
[Copy link]
|
|
1,500 atlet bakal bersaing di SUKSES ke-14
MOHD Najwan (kiri) bersama Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Mohamad Nizam Marjugi menunjukkan piala pusingan serta pingat pada sidang media SUKSES ke-14, hari ini. FOTO FAIZ ANUAR
Shah Alam: Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ke-14 yang bermula esok sehingga 19 November depan bakal mempertandingkan tujuh jenis sukan membabitkan 109 acara.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, SUKSES ke-14 akan berkampung di sekitar Daerah Hulu Langat yang menjadi tuan rumah pada edisi kali ini.
"Sukan dipertandingkan di SUKSES ke-14 adalah sukan bakal dipertandingkan di Sukma dengan mengambil kira penyertaan semua sembilan daerah di Selangor.
"Tujuh jenis sukan dipilih itu adalah olahraga, pencak silat, boling padang, ping pong, petanque, sepak takraw dan berbasikal.
"Sebanyak 377 pingat ditawarkan bagi 109 acara dan pemilihan sukan ini berdasarkan sasaran pingat untuk kejohanan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya pada sidang media di Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, hari ini.
Beliau berkata, pemilihan atlet yang akan mewakili daerah dilaksanakan di bawah program kendalian Majlis Sukan Daerah (MSD) iaitu berdasarkan merit.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ing-di-sukses-ke-14
|
|
|
|
|
|
|
| |
|