"Saya terkejut, tapi sememangnya tiada apapun.
"Syukur, gosip ini tidak menganggu emosi saya. Saya buat kerja macam biasa.
"Tiada 'stress' atau apa-apa, saya okay sahaja," katanya.
Irene berkata, dia membaca komen netizen dan hanya mampu ketawa bila membaca setiap dakwaan dilemparkan.
"Saya baca dan hanya tergelak," katanya.
Terdahulu, Irena didakwa menjalin hubungan dengan Syamsul selepas tersebar foto Syamsul menghadiri makan malam yang disertai keluarga wanita itu.
Turut kelihatan, sekeping gambar pengarah sensasi itu berdua bersama Irene dalam satu hantaran dalam Instagram.
Sumber: BH Online