CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 913|Reply: 0

[Perlis] Kesan ekonomi tak menentu, MARA teliti cadangan naikkan biasiswa - Asyraf Wajdi

[Copy link]
Post time 6-11-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode

Asyraf Wajdi ketika merasmikan Outlet Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA Petronas (PUMP) di Titi Chai, dekat Utan Aji, di sini hari ini. - NSTP/ AIZAT SHARIF

Kangar: Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang meneliti cadangan menaikkan kadar biasiswa pendidikan kepada pelajar di bawah tajaannya dengan mengambil kira keadaan ekonomi yang tidak menentu masa kini.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun dalam keadaan kos sara hidup semakin meningkat serta kejatuhan mata wang Ringgit pada waktu ini, MARA tetap memperkasakan pendidikan sebagai sebahagian tujuan penubuhan agensi itu.

"Dalam hal ini (menaikkan jumlah biasiswa), setakat ini kita sedang meneliti secara dekat berhubung perkara ini.

"Malah Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dalam lawatannya ke United Kingdom dan Jerman baru-baru ini sudah mengarahkan kepada saya dan juga MARA untuk menilai perkara ini secara serius," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Outlet Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA Petronas (PUMP) di Titi Chai, dekat Utan Aji, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, penilaian secara lebih teliti penting kerana ia mempunyai kesan kewangan bukan sahaja kepada MARA tetapi juga kerajaan.

"Kali ini kita bukan sahaja bercakap soal di luar negara malah dalam negara pun sudah tentu terkait rapat akan perkembangan ini.

"Jadi ini semua harus dinilai semula dengan lebih teliti kerana peruntukan itu datang daripada kantung negara," katanya.

Asyraf Wajdi berkata, arahan Timbalan Perdana Menteri itu menunjukkan keprihatinan beliau bahawa MARA mesti melakukan sesuatu untuk menangani isu biasiswa ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Program PUMP dengan memperkenalkan cawangan pusat servis kenderaan pertama di Perlis ditaja MARA iaitu Nasr Utara Automotif Sdn Bhd.

Program berkenaan sebagai komitmen MARA dan Petronas dalam membangunkan usahawan automotif Bumiputera berdaya saing dan mempunyai standard.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-naikkan-biasiswa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.879690 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list