CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1020|Reply: 0

[Perak] Lane boling dalam kelas

[Copy link]
Post time 6-11-2023 10:31 AM | Show all posts |Read mode

MURID menjalani latihan asas sukan boling tenpin bagi meningkatkan prestasi dalam kejohanan disertai.

Manjung: Idea kreatif memasang lane boling di sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Dato' Seri Kamaruddin (SEDSKA) di sini, bagi memudahkan latihan asas sukan boling tenpin sekali gus menjimatkan kos latihan.

Perkongsian mengenainya mendapat perhatian di media sosial selepas ia dikongsikan di Facebook, baru-baru ini.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah berkenaan, Mazni Othman berkata, lane atau lorong boling berkenaan dipasang di dalam Bilik Pendidikan Seni Visual (PSV) kerana keluasan bilik itu lebih sesuai menempatkan alatan berkenaan.

Menurutnya, ia mendapat sokongan guru besar, Noor Azrina Mazlan serta hanya digunakan pada masa tertentu serta tidak menganggu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid.



Katanya, lorong berkenaan adalah lorong boling bersaiz sebenar disumbangkan Esplanade Bowl Kampung Koh, Sitiawan dan ia dipasang pada September lalu.

"Memandangkan untuk mengajar kemahiran asas (boling) memerlukan masa lama dan latihan berterusan, (jadi) tidak memadai kami ke pusat boling berbayar. Sebelum ini saya melatih mereka di dewan sekolah beralaskan karpet saja.

"Ketika ini lorong boling itu digunakan untuk melatih murid dua kali seminggu dan ia juga digunakan ahli Kelab Boling SEDSKA ketika waktu kokurikulum," katanya.

Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Negeri Perak itu berkata, beliau memperluaskan penggunaan lorong boling itu untuk murid di sekolah berhampiran bagi menjalani latihan kemahiran asas boling bagi meningkatkan prestasi bagi daerah Manjung dalam kejohanan peringkat negeri.

"Sehingga kini, saya melatih 20 murid untuk menguasai kemahiran asas sehingga boleh membuat balingan betul.

"Murid yang menguasai kemahiran asas bermain di lorong boling sebenar di pusat boling, namun tetap berlatih di sekolah supaya balingan lebih sempurna," katanya.

Guru matematik itu berharap lorong boling berkenaan mampu menaikkan semangat murid berlatih dan meneruskan momentum terbaik seperti dikecapi sebelum ini.

"Kejayaan dikecapi murid tahun ini amat baik dalam kejohanan peringkat daerah dan negeri. Antara kejayaan di peringkat daerah seperti johan kategori perempuan bawah 12 tahun, jatuhan pin tertinggi perempuan 12 tahun dan ketiga kategori perempuan 12 tahun.

"Selain memperoleh tempat ketiga lelaki bawah 12 tahun dan jatuhan pin tertinggi lelaki 12 tahun, manakala di peringkat negeri mendapat tempat keenam Sirkit Boling Tenpin Majlis Sukan Sekolah-Sekolah (MSS) Perak," katanya.



LANE atau lorong boling dipasang di dalam Bilik PSV sumbangan Esplanade Bowl Kampung Koh, Sitiawan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -boling-dalam-kelas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.226964 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list