CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1303|Reply: 0

Konsisten Dan Kreatif, Haqiem Rusli Dan Ariff Bahran Dua Kali Menang Duo Terbaik

[Copy link]
Post time 6-11-2023 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Haqiem Rusli dan Ariff Bahran sekali lagi berjaya menjadi juara mingguan Famili Duo musim ketiga (FD3).


Pasangan sepupu itu memperoleh markah sebanyak 62.5 peratus sekali gus membawa pulang hadiah mingguan wang tunai sebanyak RM10,000.


Foto: mStar




Pasangan duo itu menyanyikan lagu medley Janam Janam, Goyang Inul dan 100 persen berjaya mencuri hati juri dengan sebuah persembahan kreatif dan menghiburkan.


Juri tetap Mas Idayu kali ini memuji persembahan keseluruhan Haqiem serta Ariff dan menyifatkan mereka antara peserta paling konsisten setiap minggu.


  



“Bila saya tengok hari ini Haqiem dan Ariff kali ni dua-dua saya pandang.


“Saya tak sangka rupanya otak awak luas sebab sebelum ini saya ingatkan awak hanya boleh menyanyi.


“Saya tak sangka dengan idea-idea yang awak bawa. Haqiem pun boleh menyanyi dangdut. Nanti duet dengan saya.


“Saya tak nak cari keseluruhan persembahan awak paling konsisten,” katanya.




  



Dalam pada itu, Haqiem dan Ariff juga merupkan peserta pertama yang mendapat markah perfect 10 daripada kedua-dua juri.


Sementara itu, Sharif dan Syaiful berjaya mendapat tempat kedua dengan markah sebanyak 56.7 peratus.


Tempat ketiga milik Ryan dan Adam Bakery (52.8), dan kedudukan keempat ialah Tom dan Fuad (47.5).




  



Manakala, tempat kelima Shila Amzah dan Amir Syahir (45.1) dan Adira dan Emma Suhaimi berada di tempat keenam dengan markah 47.1 peratus.


Susulan kemenangan Haqiem dan Ariff, pasangan duo itu memilih Idola/Lagenda sebagai tema persembahan pada minggu kelima.


FD3 bersiaran langsung setiap hari Ahad, pukul 9 malam di TV3 dan aplikasi Tonton.




  



Konsert minggu ketiga FD3 turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon Ruhainies, Nadia Brian, serta peserta alumni Famili Duo Ara Johari, Shaffiq Erwin dan Fyna Jebat.


Finalis akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang tunai utama sebanyak RM100,000. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.315523 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list