CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2231|Reply: 0

Ahmad Idham Tinggalkan Politik Bukan Sebab Merajuk Tapi Objektif Dah Tercapai

[Copy link]
Post time 5-11-2023 07:31 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah dan penerbit filem, Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri menepis tanggapan keputusan meninggalkan pentas politik dan aktif semula dalam dunia kreatif disebabkan merajuk.


Ahmad Idham berkata, objektif menceburi politik adalah mahu memperjuangkan hak kanak-kanak istimewa. Baginya, tujuan itu sudah tercapai selepas banyak pihak mula membuka mata terhadap keperluan golongan terbabit.






"Saya punya perjuangan politik bukan untuk industri kreatif, sebaliknya, lebih kepada hak kanak-kanak istimewa. Ramai orang tahu saya ada Hab Pendidikan Khas yang diusahakan bersama beberapa rakan strategik.


"engunduran saya dalam bidang politik bukanlah kerana merajuk. Kalau kita ada anak istimewa atau ada dalam kalangan ahli keluarga kita punya anak istimewa dan lihat apa yang berlaku di Malaysia, anda akan rasa seperti saya.


"Saya cakap dalam soal sistem anak-anak istimewa membesar iaitu daripada segi taraf pendidikan dan fasiliti.


"Saya tidak pernah masuk politik untuk memperjuangkan industri seni. Bagi saya, bidang itu sudah matang," katanya pada sidang media drama rantaian, Bukan Sekadar Lafaz di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, baru-baru ini.


Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ahmad Idham yang bertanding kerusi Parlimen Port Dickson atas tiket PEJUANG, tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH) juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059076 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list