CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1476|Reply: 0

[Sabah] MetMalaysia tidak keluar amaran tsunami, siren berbunyi dikhuatiri masalah teknikal

[Copy link]
Post time 5-11-2023 05:52 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan tidak mengeluarkan  sebarang amaran atau nasihat tsunami pada masa ini susulan kejadian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Kota Belud, Sabah yang berbunyi awal pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan kejadian siren SAATNM di kawasan Masjid Imam Haji Mustapah, Kota Belud, yang berbunyi dikhuatiri kerana masalah teknikal.

“… tindakan sewajarnya sedang diambil. MetMalaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang timbul ekoran kejadian ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih berkenaan gempa bumi dan tsunami menerusi laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia serta hotline 1-300-221638.- BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.053144 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list