CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1409|Reply: 0

[Sabah] Tidak benarkan Sabah import beras tindakan kurang bijak

[Copy link]
Post time 5-11-2023 05:50 PM | Show all posts |Read mode


RAFFE

KOTA KINABALU: Keputusan Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan Sabah mengimport sendiri beras adalah tindakan yang kurang bijak.

Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Api-Api Md Raffe Md Shakir berkata, keputusan itu dilihat akan membebankan rakyat di negeri ini kerana harga beras sentiasa melambung tinggi.

Katanya, landskap sosial, ekonomi dan geografi yang berbeza menyebabkan harga makanan ruji itu mahal berbanding di Semenanjung.

“Walaupun kerajaan memberi subsidi sebanyak RM950 per tan, namun kenaikan kos beras itu sendiri tidak sama sekali membantu rakyat di negeri ini terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“Kebanyakkan harga barang makanan di Sabah lebih mahal berbanding dengan Semenanjung dan ia sangat membebankan rakyat di sini,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) turut memonopoli bekalan beras di Sabah selama beberapa dekad dan telah menikmati keuntungan yang diperolehi.

Katanya, rakyat Sabah mahu tahu motif syarikat itu memonopoli bekalan beras di Sabah dan tujuan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan masih mempertahankan BERNAS.

“Terlalu banyak sudah Kerajaan Persekutuan memanfaatkan hasil Sabah untuk kepentingan di Semenanjung sehinggakan negeri ini ketinggalan dari segi ekonomi dan pembangunan.

“Saya sangat bersetuju cadangan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mahu mengaktif kembali Lembaga Padi Sabah (LPS) untuk mengambil alih tanggungjawab ke atas import bekalan beras ke Sabah,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan menyeru supaya mengambil alih mengenai import bekalan beras ke Sabah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.048100 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list