View: 3007|Reply: 9
|
Isteri Aliff Syukri Dedah Ramai Jadi Mangsa Scam Ibu Kandung Bekas Anak Angkat
[Copy link]
|
|
Datin Seri Nur Shahida, 38, mendedahkan ibu kepada bekas anak angkatnya iaitu Qayyum didakwa melakukan penipuan terhadap pelbagai pihak.
Isteri kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri itu berkata, wanita tersebut melakukan perbuatan itu dengan modus operandi menjual barang-barang preloved berjenama menerusi media sosial.
Shahida yang pada awalnya mengabaikan perkara itu terpaksa bercakap secara terbuka mengenainya selepas menerima pelbagai mesej daripada mangsa penipuan ibu kepada anak angkatnya itu.
"Saya sudah lama dan banyak kali sebenarnya dapat mesej tentang seseorang saya kenali sebelum ini telah menipu ramai orang. Saya mula-mula abaikan sahaja.
"Tapi pagi ini (Sabtu) ada lagi seorang yang terkena. Saya juga sudah kena dulu," katanya.
Shahida membuat pendedahan itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Sabtu.
Usahawan itu juga turut berkongsi beberapa paparan tangkap layar daripada mangsa yang menghantar mesej kepadanya tentang ditipu wanita berkenaan.
Mereka juga meminta bantuan Shahida bagi mendapatkan informasi lanjut bagi menjejakinya.
Dalam pada itu, Shahida berkata, dia mendedahkan perkara itu bukan mahu membuka aib sebaliknya bagi menyebarkan kesedaean kepada orang ramai agar tidak jatuh dalam perangkap sama.
"Hati-hati ya dengan penipuan wanita terbabit. Janganlah kata saya nak buka aib... Ini kesedaran supaya yang lain tidak terkena. Hati-hati semua," ujarnya.
Shahida juga meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai wanita berkenaan agar berkongsi dengannya agar dapat membantu mangsa.
Katanya lagi, dia tidak mendapat sebarang manfaat daripada pendedahan tersebut melainkan hanya berniat membantu lebih ramai daripada menjadi mangsa.
"Jangan cakap saya nak dapat manfaat apa. Sebelum ini ada yang sudah terkena, hari ini ada lagi. Rupanya bila post, banyak lagi yang kena.
"Saya hanya nak bantu supaya tidak ada lagi yang kena scam," katanya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
patut la aku tgk rancak mak qayim tu niaga brng pre love
Aku igt mmg btl brng2 dia
Dok fikir juga kaya la ppuan ni byk brng branded |
|
|
|
|
|
|
|
Nape la nk buat mcm tu..bg anak mkn duit Haram kalau betul..cari duit x berkat hidup..nauzubillah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa ig mak Qoyyum ni.....nak aware juga |
|
|
|
|
|
|
|
Udah2 la pd org yg berkenaan. Tak berkat naya ke org. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian yg kena scam
Report polis dulu harap acc bank dia kena freeze padan muka
Letak post kat grup2 kasi no acc so org boleh check dulu before bank in |
|
|
|
|
|
|
|
ko laki bini pun kaki scam & drama jugak......sama la level. |
|
|
|
|
|
|
|
ketambangkang replied at 5-11-2023 08:10 AM
luthali_alhaq
Tq syg ![](static/image/smiley/default/flower.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|