CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5853|Reply: 0

[Perak] Kesan tiada subsidi ayam belum dirasai

[Copy link]
Post time 4-11-2023 12:51 PM | Show all posts |Read mode

FAIZAL Ahmad Sadeli menggoreng ayam di kedai nasi ayam kukus di Kampung Bahagia di Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SARFE BIDIN




TELUK INTAN: Kesan daripada penamatan sepenuhnya pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam bermula 1 November lalu belum begitu dirasai dan ini menyebabkan peniaga makanan berasaskan ayam masih menjual makanan pada harga lama.

Seorang peniaga nasi ayam kukus di sini berkata, Faizal Ahmad Sadeli, 35, berkata, untuk itu dia tetap menjual pada harga RM6.

Menurutnya, sebagai peniaga makanan, naik turun harga bahan mentah terutama ayam sudah biasa dialaminya dan setakat ini dia masih mengekalkan jualannya pada harga lama.

Katanya, walaupun subsidi ayam sudah ditamatkan, dia tetap menjual pada harga lama.

“Memang kos bahan mentah dan barang lain semakin mahal seperti beras, minyak masak. Terbaru pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam ditamatkan, namun kesannya tidak begitu dirasai mungkin sebab ia baru sahaja dilaksanakan.

“Kerajaan terus memantau harga ayam bagi memastikan ia tidak membebankan pengguna.

“Saya cuba untuk mengekalkan harga jualan dan percaya jika kerajaan melakukan pemantauan harga ayam, penghapusan pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam tidak memberikan kesan yang teruk kepada rakyat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dia yang sudah enam tahun berniaga mengakui sudah biasa dengan naik turun harga bahan mentah.

Katanya, sebelum ini dia terkesan dengan kenaikan harga beras namun tidak menaikkan harga jualan nasi ayam kukus.

Jelasnya, dengan harga itu dia masih mendapat keuntungan.

“Setiap hari saya guna 40 hingga 50 kilogram ayam. Hari ini saya beli RM6.80 sekilogram, kelmarin saya beli RM6.50, naik 30 sen.

“Setakat ini saya mampu lagi jual sepinggang nasi kukus berlaukkan seketul ayam dengan harga RM6,” katanya.-UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... ayam-belum-dirasai/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 1.317970 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list