CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4594|Reply: 64

Aina Abdul Tak Nak Sailang, Malu Bila Peminat Kata Layak Jadi Penyanyi Nombor Satu Negara

[Copy link]
Post time 3-11-2023 06:55 PM | Show all posts |Read mode
Aina Abdul tidak pernah terlintas nak 'sailang' sesiapa agar dapat bergelar penyanyi nombor satu negara.


Dia sendiri terkejut apabila peminat mengeluarkan kenyataan dirinya layak bergelar penyanyi nombor satu, sekali gus mengenepikan kedudukan Datuk Seri Siti Nurhaliza.


Foto: IG




Katanya, dia malu dengan kenyataan berkenaan kerana tidak pernah terlintas di fikiran untuk bersaing dengan sesiapa, apatah lagi, penyanyi sehebat Siti.


Dia juga sedar masih belum mampu menandingi Siti yang sudah memiliki ratusan anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.




  



Tambahnya, Siti paling layak berada pada kedudukan nombor satu.


"Jujurnya, saya segan dan malu apabila isu ini heboh diperkatakan.


"Saya faham kenapa orang marah dan tidak setuju dengan kenyataan itu. Sebagai tuan badan, saya pun tidak setuju apabila dibandingkan dengan figura hebat.


"Saya harap kejadian seumpama ini takkan terjadi dan akan berakhir. Saya ada baca komen netizen yang inginkan saya berada di kedudukan nombor satu, namun saya tak pernah terlintas nak letakkan diri dalam mana-mana nombor dan posisi," katanya kepada BH Online.




  



Bagi Aina, Siti memang selayaknya berada di kedudukan itu, mengambil kira pencapaian hebatnya yang sangat banyak.


"Beliau juga adalah salah seorang idola saya. Jadi, saya berterima kasih kepada Siti dan penyanyi lain yang jadi inspirasi saya.


"Orang baharu seperti saya perjalanan tentunya masih jauh ketinggalan dan saya terlalu kerdil.




  



"Bagaimanapun, katanya, dia tidak marahkan peminat yang membuat kenyataan itu kerana mungkin terlalu sayangkan saya," katanya.


Ujar Aina, dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan ketika isu itu hangat diperkatakan kerana enggan tumpuannya pada ABU TV Song Festival 2023 selama seminggu terganggu.


"Sejak awal menyertai industri muzik, saya tak pernah letak diri bertanding dengan sesiapa pun.




  



"Setiap kali buat sesuatu saya akan fikirkan adakah bagus atau tidak, musuh saya dalam industri ini adalah diri saya sendiri," katanya.


Baru-baru ini, heboh dakwaan peminat bahawa Aina sudah layak bergelar bergelar penyanyi nombor satu negara dan Siti tidak lagi relevan untuk masa kini.




  



Kenyataan itu menyebabkan ramai tidak berpuas hati sehingga membandingkan pencapaian Siti dan Aina.


Ramai mengatakan kedudukan Aina masih jauh jika dibandingkan dengan Siti, sekali gus belum layak untuk bergelar penyanyi nombor satu. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau la artikel ni atau jawapan aina bendul ni sejenis cringe nak baca. Macam situasi : eh, jangan la cakap mcm tu, tp cakap la lagi. Jangan la berenti memuji.

Sebab sebelom ni dia ada cakap dalam interview dia bangga bila org bandingkan dia dgn siti.

Padahal yg cakap dia layak tu peminat dia je, bukan rakyat Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah lah berangan. Yang fans dia pun....
Belum no 1 pun dah kena bawak satu lori nak muat baju dia jer...kalau no 1 agaknye 3 lori...satu extra nak bawak fans dia yg bebal.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak yah le ckp sailang,,, ckp je laaa saya tak layak .. Saya akan cuba

1.hasilkan album melebihi jumlah album siti yg ada skrg
2. Buat pelbagai konsert tmasuk dkt Albert hall
3.dptkn trofi melebihi koleksi siti
4. Bla bla blaaa,, baru laaa sy LAYAKKKK,,, AINA POWER HAHAAA,, Ni dokkkkk laaa berangan terpaling no 1 hahaaa,, peminat pun satu,,,, overrrr beno...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Wadehel nak nombor satu. Nyanyi terpekik2 mcm kena sula. Celah mana tah nak nombor satu nya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambert lagila dek non!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2023 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh jap, kenapa nak petik nama netizen nak kan kau no. 1?
Nk bgtau seantero dunia, semua netizen menyokong kau?
Fan taik kau la yg berangan, kenapa petik netizen lak.
Jgn nak samakan netizen, forumer dgn fan taik kau yg seciput itu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg ko x layak pn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena ada koleksi lagu kempen2 nasional yg evergreen. Contoh nye tokti nyanyi lagu cuti2 msia, budi bahasa budaya kita, sayang it, warna2 msia.. ape lagi eh
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau dia pernah terfikir nak sailang pon i rasa tak termampu laaaaa. siti tu mmg on another level. i tak rasa ada artis lain yg boleh top dia. say what you want.  takde netizen pon nak kau jadi no 1 aina oi. most of the netz dont even know who you are. tu delulu fans kau je. yg gigih duk mengata artis lain. delusional much dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Takleh brain suara terpekik2 dia. tu pun ada yg beriya menge-ship kan makhluk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi tokti tak bergelar biduanita negara, xde siapa yg boleh berada di no.1 .
Dia ni penyanyi yg aku doa kan peti suara cepat rosak. Supaya xde lagi penyanyi hodoh kat malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:44 PM | Show all posts
berapa banyak lagu dia ada nih?
dah ada lagu tradisional ada ker?
dah ada lagu patriotik ada ker?
lagu raya dia evergreen ker??

tapi yang paling penting....
dia ini DAH BERAPA BANYAK ALBUM ada tu??....
berapa penjualan???
hahahahhahahahaha........

Berapa banyak konsert da buat?
takyah jauh2 ke Albert Hall la...
konsert kat negara jiran cukup la...
pernah buat konsert di Singapore ker? Jakarta da ada ker?

All the best la Aina ya....
tak payah gebang banyak2... tunjukkan prestasi ko tu dulu la ya....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kat retis yg ada fans yg over.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ko jgn nk jadi mcm jah ye.x tegur langsung benak dia time benak dia buli seteru
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg follower ig dia 500k+ ja ka? Erm
.camne nak jadi nombor satu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu2 dlm album aura erni zakri best2,takde terdengar lolongan dlm setiap lagu.
Well done erni
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 3-11-2023 10:04 PM
Kena ada koleksi lagu kempen2 nasional yg evergreen. Contoh nye tokti nyanyi lagu cuti2 msia, budi b ...

Lagu susu hahaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Fans dia kebanyakan dari budak yg baru bekerja...Dan netizen yg jaki dgn siti...tu je
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi duk menyusahkan org dgn pakaian lori almari bagai jgn berangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.479938 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list