CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 961|Reply: 0

[Sabah] Diagnosis dan intervensi awal boleh menyelamatkan warga emas

[Copy link]
Post time 3-11-2023 06:18 PM | Show all posts |Read mode


DR DAVID

KOTA KINABALU: Diagnosis awal memainkan peranan penting dalam memastikan warga emas yang telah didiagnosis mendapat rawatan serta sokongan optima

Pakar Perunding KPJ Sabah Specialist Hospital, Dr. David Wong Hock Khiam berkata, dianogsis itu boleh membantu mereka untuk jalani kehidupan lebih baik bagi jangka masa pendek serta panjang.

"Lebih awal intervensi dimulakan, masalah juga dapat ditangani diperingkat yang lebih awal, seterusnya mengurangkan risiko komplikasi dari penyakit yang dialami.
"Pada masa yang sama, kemahiran yang sesuai dengan umur warga emas itu boleh diajar," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, antara beberapa masalah kesihatan yang sering dialami oleh golongan warga emas adalah masalah keseimbangan, kesihatan oral, jantung, osteoarthritis dan osteoporosis, pernafasan, diabetes (type 2), influenza serta jangkitan paru-paru.

Menurutnya, Hospital Pakar KPJ Sabah sehingga kini telah berjaya merawat ramai pesakit warga emas yang mempunyai berbagai masalah kesihatan.

"Sebagai contoh, baru-baru ini seorang wanita berusia 92 tahun mengalami masalah kurang selera makan dan sakit perut selama tiga minggu.

"Setelah dimasukkan ke wad KPJ Sabah, wanita berkenaan disahkan mengalami masalah pundi hempedu tersumbat, kerana didapati ada batu di saluran pundi hempedu.

"Setelah dirujuk kepada beberapa doktor pakar, rawatan yang dicadangkan adalah untuk menjalani Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography (ERCP) dan Laparoscopic Cholecystectomy," katanya.

Menurutnya, anak pesakit pula menghadapi cabaran untuk membuat keputusan sama ada meneruskan cadangan rawatan untuk ibu mereka ataupun sebaliknya memandangkan faktor usia ibu mereka dan pelbagai premorbiditi yang membawa risiko tinggi untuk pembedahan.

Katanya, selepas perbincangan dilakukan bersama beberapa doktor pakar, akhirnya keputusan dibuat dan bersetuju untuk ibu mereka menjalani pembedahan itu dan keadaan pesakit bertambah baik selepas pembedahan.

David berkata, golongan warga emas berdepan dengan pelbagai premorbiditi tetapi masih boleh menjalani pembedahan yang besar (Major Operation) untuk menyelamatkan nyawa.

Oleh itu katanya, adalah penting segera berjumpa dengan doktor dan dapatkan diagnosis dan intervensi awal terhadap masaalah kesihatan yang dialami.

"Kes pesakit ini memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya mendapatkan diagnosis dan intervensi awal khususnya untuk golongan warga emas.
"Pengesanan awal penyakit memberi peluang lebih baik untuk sembuh," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.054786 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list