View: 3268|Reply: 9
|
Isteri Ajak Shiro Pergi Kerja Lebih 152 Km Setiap Hari- Hidap Masalah Tulang Belakang Tapi Dah Bertahun Mohon Tukar Sekolah Tak Dapat
[Copy link]
|
|
Ajak Shiro berharap permohonan pertukaran sekolah yang dibuat isterinya, Nur Afifah Amin tahun ini diluluskan.
Ini berikutan masalah tulang belakang yang dihidapi selain jarak perjalanan ke tempat kerja lebih 152 kilometer (km) setiap hari.
Isterinya kini terpaksa mengambil cuti sakit selama dua minggu dan perlu menjalani rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.
Foto: mStar
"Isteri saya sudah membuat permohonan pertukaran sekolah lebih lima kali sejak dua tahun lalu. Namun, mereka hanya maklumkan permohonan tidak berjaya tanpa memberikan sebarang alasan.
"Sebagai suami sudah tentu saya risaukan keselamatan isteri yang berulang-alik dari Petaling Jaya ke Nilai, Negeri Sembilan selama dua tahun ini. Ditambah pula, dia kini mengalami masalah tulang belakang hingga menyebabkan dia terpaksa cuti sakit selama dua minggu dan perlu menjalani rawatan fisioterapi setiap dua hari sekali.
"Isteri saya memang tak boleh nak memandu kereta seperti dulu. Nak buat kerja berat pun doktor tak izinkan sebab bimbang akan memberi tekanan dan masalah kepada tulang belakangnya nanti.
"Saya buat hantaran di media sosial bukan sengaja nak meraih simpati, tapi sekadar nak berkongsi saja. Tak sangka pula ramai yang mengalami nasib sama, malah ada kakitangan kerajaan yang lebih dahsyat ujian yang mereka perlu hadapi apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga bertahun-tahun lamanya," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ajak, luahan kekecewaan yang dibuat itu bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya ingin memberitahu isterinya juga melalui proses permohonan sama tanpa sebarang bantuan 'orang dalam'.
"Ada yang beranggapan kalau dari latar belakang artis boleh guna orang dalam untuk mendapat kelulusan. Hakikatnya isteri saya melalui proses yang sama dan menunggu kelulusan daripada pihak bertanggungjawab.
"Isteri saya mohon ini pun bersebab. Sekarang ini sudah tahap jatuh sakit. Dia pun tak naklah menyusahkan mana-mana pihak seperti tiba lewat di tempat kerja dan risau akan dikenakan tindakan tatatertib.
"Saya sudah cuba pujuknya untuk berhenti kerja, tapi ini yang dia minat. Dia masuk universiti pun sebab nak jadi pendidik, takkan saya nak halang. Cuma saya mohon permohonan terakhir yang dilakukan pada tahun ini mendapat kelulusan," katanya.
Terdahulu, Ajak meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila permohonan pertukaran sekolah yang dibuat isterinya sejak dua tahun lalu tidak diluluskan pihak bertanggungjawab. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi aku salute bini ajak ni. Laki kaya pun dia tetap semangat nak keje, didik anak bangsa. Go cikgu pipah! |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah mana2 patut bagi satu guru 5 tahun je satu sekolah, lepas tu tukar.. kesian ramai duk tunggu giliran.. kat sni, datin2 dapat pindah sekolah kat pusat bandar, yang takde gelaran antar ceruk2 daerah |
|
|
|
|
|
|
|
Patut bini ko kena lempar dekat pedalaman SabSar. Banyak bunyik betul la. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aiii....jauhnye...tukar jer lah sekolah atau apply jer kerja apa2 dekat rumah....gigih betul. Kalau jauh camtu dah jadi tak productive n tak practical cikgu oiiii... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu bkn dok joho.. Pastu ajak pindh dok kl..SBB kesian ajak..ulg alik.. Dia pun dpt tkr juga..ni nk tukr lg..brp Kali nk tukar daaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak je orang commute dari Nilai ke KL. Dah bini nya sakit, kenapa tak pindah ke rumah yg dekat sikit, bangi ke, kajang.. biarla Ajak yg commute pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya bersyukur, sebab masih boleh jumpa hari2. Duit pun tak ada masalah, boleh sewa/beli rumah dekat sekolah. Ramai suami isteri yg terpaksa PJJ, seminggu sekali baru boleh jumpa...ada yg sorang di Sabah , sorang di semenanjung.
Nak dpt pindah kena tengok kekosongan dr segi option juga. |
|
|
|
|
|
|
|
pindah je lah duduk Nilai. biar isteri dekat dgn tmpt kerja. suami berkorban lah pulak. tu pun x boleh fikir ke |
|
|
|
|
|
|
|
kau retis kerja takde ikut time, apasal kau nak duduk PJ?
kau je la pindah dekat dengan tempat kerja bini..
or duduk tengah-tengah nilai KL.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|