View: 3693|Reply: 9
|
Fadilah Mansor Dipuji Masih Cantik Dan Nampak Muda, Ada Lelaki Cuba Nak Dekati
[Copy link]
|
|
Datin Fadilah Mansor,65 mengakui ada pihak cuba mendekati dan mahu menjadikannya isteri selepas lima tahun pemergian Allahyarham suami iaitu Datuk A. Rahman Hassan.
Namun Fadilah memberitahu dia tidak pernah mencari pengganti suami walaupun anak-anak tidak menghalang jika dia terbuka hati berkahwin lagi.
Foto: IG
"Kalau cakap fasal pengganti ada yang 'datang' tapi saya serah semuanya pada Allah. Saya tidak juga mencari.
"Kalau Allah sudah jodohkan saya dengan individu tertentu, saya terima dengan hati terbuka.
"Anak-anak juga serahkan pada saya asalkan saya gembira nak menghabiskan masa di hujung-hujung usia ini," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Fadilah berkata, dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat sebagai pasangan hidup namun biarlah lelaki berkenaan sesuai dengannya.
Dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan individu dari dalam kalangan penggiat seni kerana menyifatkan mereka juga manusia biasa.
"Tak kisahlah macam mana orangnya, dekat atau jauh... Pintu hati itu kalau nak terbuka luas, insya-Allah saya terima.
"Orang industri juga manusia biasa, kita kena terima dengan hati terbuka. Kalau hati kata tidak mahu, tak jadi juga. Saya terima sesiapa sahaja seadanya kalau hati dah suka," katanya.
Tambah Fadilah, dia merendah hati apabila ramai memujinya masih jelita dan kelihatan jauh lebih muda berbanding usia sebenar.
"Kalau ada kata saya masih cantik, Alhamdulillah. Semoga Allah tidak menyesatkan hati saya," ujarnya.
Untuk rekod, A Rahman meninggal dunia di Hospital Ampang akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak pada 13 Jun 2019.
Fadilah dan A Rahman mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2014.
Pelakon itu juga pernah berkahwin dengan Allahyarham Mat London namun pasangan itu bercerai pada 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alia dan Faeesal Asuwat. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
wartawan bodo tak double triple check dulu ke tarikh2 itu sblm keluarkan artikel. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg masih kategori lawa dan cergas. Dia dgn aida rahim tu masih lawa. Tp acik ni nmpak muka lebih ceria. Yg aida rahim lemah lembut.
Teringin nk tgk muka waktu muda dia mcm mn? |
|
|
|
|
|
|
|
zuriey replied at 3-11-2023 04:29 PM
wartawan bodo tak double triple check dulu ke tarikh2 itu sblm keluarkan artikel.
i pun konfius.. bercerai tahun 2021? biar betik |
|
|
|
|
|
|
|
kena berteman isi masa di hari tua..bagus la anak2 ok,.mungkin memang jenis yg x nyusah anak plus dpt suami yg bagus jd anak2 x risau..acik fadilah ni masih cantik |
|
|
|
|
|
|
|
Pelakon itu juga pernah berkahwin dengan Allahyarham Mat London namun pasangan itu bercerai pada 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Alia dan Faeesal Asuwat.
Biau betollll? |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg cantik.muka lembut Manis je |
|
|
|
|
|
|
|
Yang first tu bercerai hidup ke mati |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi rasa macam baru je lagi Dorang bersanding. Rupanya 6 tahun hidup bersama eh sebelum ninggal eh |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 3-11-2023 08:35 PM
Yang first tu bercerai hidup ke mati
Bercerai lama dah tp dah nak kahwin dgn arwah suami ke 2, br pergi court buat pengesahan lafaz cerai
Ada masuk paper dl ni
Arwah suami pertama br meninggal tahun ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|