CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 553|Reply: 0

[Sarawak] Polis tingkatkan rondaan cegah jenayah pada waktu malam

[Copy link]
Post time 3-11-2023 05:45 AM | Show all posts |Read mode


Anggota polis IPD Miri bersama Pegawai Perpaduan Bahagian Miri dan ahli KRT/SRS Pujut Utara melakukan rondaan di kawasan perumahan Pujut 7 dan 8.

MIRI: Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri mempergiat usaha menjaga keselamatan serta membanteras  jenayah melalui rondaan malam di sekitar perumahan.

Bagi mencapai agenda tersebut, Kawasan Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Pujut Utara bersama BPJKK IPD Miri serta Pegawai Perpaduan Bahagian Miri melaksanakan rondaan cegah jenayah malam Sabtu lalu.

Sebelum rondaan dijalankan, satu sesi taklimat keselamatan dan tatacara rondaan telah disampaikan oleh Ketua Rondaan BPJKK IPD Miri Koperal Mohamad Jaffar Rosliee.

Rondaan secara berkumpulan iaitu rondaan berjalan kaki dan kawasan tumpuan rondaan adalah sekitar kawasan perumahan dan kawasan yang sering menjadi sasaran penjenayah.

Sepanjang rondaan dijalankan, pasukan rondaan memberi nasihat kepada penduduk agar sentiasa menjaga keselamatan harta benda.

Pada masa sama tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan yang ditinggalkan di luar rumah.

Penduduk juga diberikan nombor telefon bilik gerakan IPD Miri agar dapat menyalurkan maklumat mengenai jenayah atau berada dalam kecemasan untuk mendapatkan bantuan polis.

Rondaan diadakan di kawasan perumahan Pujut 7 dan 8 dengan kekuatan anggota rondaan dua anggota BPJKK IPD Miri, dua Pegawai Perpaduan Bahagian Miri dan 18 ahli KRT/SRS Pujut Utara Miri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.061597 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list