CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3070|Reply: 0

[Perak] Banjir: Mangsa di Perak terus meningkat pagi ini

[Copy link]
Post time 2-11-2023 10:30 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR HIASAN

Ipoh: Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 386 orang daripada 111 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 373 orang daripada 107 keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.

Menurut sekretariat itu di Kerian, 100 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak, dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu.

"Di Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 185 penduduk, manakala 44 orang berada di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI)," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong, menurun, namun masih berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 3.97 meter (m) berbanding paras normal iaitu dua m.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.

Selain itu, laluan F 193 Jalan Proton City di daerah Mualim juga terhalang di kedua-dua arah dan ditutup kepada kenderaan akibat tanah runtuh, manakala di Kerian laluan FT 147 Jalan Selama, hanya dibuka kepada kenderaan berat dan orang ramai diarahkan menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -meningkat-pagi-ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.061708 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list