CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10798|Reply: 47

[Tempatan] Mesin ventilator KKM yang dibeli melalui WhatsApp rosak tiada perjanjian bertulis, kontrak mahupun waranti- laporan

  [Copy link]
Post time 2-11-2023 03:39 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 2-11-2023 12:24 PM

KUALA LUMPUR: Ketiadaan perjanjian bertulis antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd (PLSB) menyebabkan tiada mana-mana pihak boleh dipertanggungjawabkan untuk diambil tindakan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi.

Menurut Laporan Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE), tiada kontrak digubal antara KKM dan PLSB mengenai perolehan ventilator dan Penasihat Undang-undang KKM juga tidak dirujuk semasa proses penyediaan surat pelantikan PLSB.

Laporan yang dikeluarkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu mendedahkan sehingga kini ketidaktentuan peranan PLSB dalam isu itu mengakibatkan proses mengambil tindakan undang-undang tidak dilaksanakan.

Selain itu, PAC mendapati terdapat percanggahan keterangan antara KKM dan PLSB berkaitan kewujudan waranti kesemua 136 unit ventilator.

"PLSB tidak menandatangani sebarang kontrak dengan pembekal serta memaklumkan kepada PAC bahawa semua dokumen pesanan pembelian dan dokumen sebut harga menunjukkan bahawa waranti ventilator adalah antara Kerajaan Malaysia dan pembekal.


"PLSB hanya bertindak menguruskan penghantaran ventilator ke fasiliti KKM dan membantu KKM menghubungi pengilang untuk menggunakan waranti ventilator yang tidak dapat digunakan. Pihak KKM memaklumkan bahawa tiada waranti semasa pembelian ventilator oleh PLSB.


"Waranti hanya diberikan oleh PLSB untuk ventilator yang dinaik taraf susulan daripada Mesyuarat Rundingan Harga Perolehan Darurat yang diadakan pada 1 Sep 2020," menurut laporan itu.


Laporan setebal 120 muka surat itu turut mendedahkan perbincangan, penilaian dan keputusan berhubung perolehan ventilator terpaksa dilaksanakan di luar kebiasaan iaitu melalui aplikasi WhatsApp disebabkan kekangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan faktor kesegeraan serta keterdesakan situasi ketika itu.


Menurut laporan itu, disebabkan situasi luar biasa yang dihadapi dunia ketika itu, perolehan darurat telah dilaksanakan untuk mendapatkan bekalan vaksin, ventilator, PPE dan lain-lain kelengkapan bagi menangani penularan wabak COVID-19.


"Pada ketika itu, dunia berhadapan krisis kekurangan bekalan peralatan perubatan yang menyebabkan perebutan. Kegagalan untuk membuat keputusan segera akan menafikan peluang negara untuk mendapat bekalan dan seterusnya menyebabkan kehilangan nyawa," menurut laporan itu.


PAC turut mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput setakat 1 Jun 2023.



Menurut laporan itu, KKM telah melaksanakan perolehan vaksin berdasarkan unjuran keperluan vaksin namun berlaku lebihan vaksin disebabkan penurunan permintaan terhadap vaksinasi, kelewatan penerimaan bekalan vaksin dan penerimaan sumbangan vaksin dari negara luar.


Sementara itu, sebahagian besar PPE akan dapat digunakan sebelum tarikh luput walaupun terdapat risiko lebihan 850,000 unit stok boot cover, yang akan luput pada penghujung tahun 2024 bernilai RM927,000 jika tidak dapat digunakan.


"Punca berlaku lebihan boot cover dan protective suit/coverall yang ketara disebabkan oleh semakan terhadap garis panduan pemakaian PPE selaras dengan perkembangan dan penemuan saintifik pengurusan COVID-19 melalui Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," menurut laporan itu.


Bagi tujuan penambahbaikan, PAC mengesyorkan walaupun ketika berhadapan dengan keadaan darurat, dokumentasi hendaklah dilaksanakan dengan usaha wajar.


Jawatankuasa itu turut mencadangkan KKM perlu segera menyemak status waranti bagi kesemua 136 unit peralatan ventilator dan memastikan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak yang bertanggungjawab, selain memastikan lebihan PPE dimanfaatkan sebaiknya sebelum tarikh luput.


"Selain itu, kerajaan seharusnya memainkan peranan dalam memastikan industri tempatan berupaya menghasilkan peralatan perubatan serta farmaseutikal bagi mengelakkan kebergantungan kepada negara luar dalam memperkasakan sistem penjagaan kesihatan awam," menurut laporan itu.


Laporan penuh boleh diakses orang ramai mulai hari ini di laman web PAC melalui pautan www.parlimen.gov.my/pac


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kegagalan-104-ventilator-tiada-perjanjian-bertulis-kkm-plsb-pac-443905








Multiple Polls: ( Max 2 choices ), Total 39 Users voted

Poll is finished

5.00% (3)
6.67% (4)
25.00% (15)
3.33% (2)
50.00% (30)
10.00% (6)
Your User group have no permission to vote

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 04:01 AM | Show all posts
What??
No way!
Takkan lah.
Who signed for them, who was the Purchasing Manager and which Committee, yg tentunya termasuk Anaesthetists dan ITU specialists and Senior Nurses as well as the representatives from various departments, hospital managers etc. And tentu sekali Anaesthetists and ITU specialists sgt alert dgn all these (merekalah yang paling perlu menggunakan all these Ventilators).

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 03:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti ada walanon babi duk kalih pasal vaksin puleksss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2023 03:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:24 AM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 2-11-2023 03:50 AM
Nanti ada walanon babi duk kalih pasal vaksin puleksss

“PAC turut mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta telah luput setakat 1 Jun 2023.”

Walaun & walauntit tak teringin sumbat dlm lubang masing2 kew?

KahkahkahKah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
manopBKK replied at 2-11-2023 04:24 AM
“PAC turut mendedahkan masih terdapat sejumlah 8.5 juta dos vaksin COVID-19 bernilai RM505 juta t ...

Baik sumbat jubo nuart ko , heshe lagi pakar bab menyubo ni

Wei ko pi tgk podcast kj yg terbaru tu, dia dah terang smua dgn details psl vaksin ape lanco
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2023 06:29 AM | Show all posts
Pernah supply kat gomen. Dapat sebab ada kabel. Tgk cara keje dorg mmg sambil lewa. Sebab yg dapat tender tu kawan2. U help me, I help you. Mmg takkan stop la pembaziran duit ni. Hanya akan stop jika orang yg keje tu berdedikasi dan jujur. Atau tindakan dikenakan kalau ada salah laku. Which is not happening la. Audit is just nice to know basis. Bukan duit kau punn.. duit rakyatt
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Cucuk.. PKP, pakai mask, berator masuk Giant.. scan…ulang!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 2-11-2023 06:29 AM
Pernah supply kat gomen. Dapat sebab ada kabel. Tgk cara keje dorg mmg sambil lewa. Sebab yg dapat t ...

Biasalah kakitangan awam... Keje tak perform pun hujung bulan gaji 1 sen pun tak berkurang. Lagi untung kerja malas malas & santai. Lagi syok sengaja melengahkan kerja supaya orang awam mengemis merayu minta jasa baik untuk diselesaikan urusan... Baru terasa powerful. Baru ada peluang income tambahan bawah meja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Punya banyak kes dah kena korek sebab PAC masuk..tapi ada penambahbaikan ke lepas tu. Sebab tu aku rasa org keje gomen yg x kompeten ni byk ikut kabel....patutnya org yg dpt keje gomen ni pandai2 belaka..maybe integriti xde kot
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 06:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Nilah yg heboh dulu ambil ventilator dr china, tp xdpt guna sb rosak. Mmg smpi2 je sini rosak. Doktor bising2
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 2-11-2023 06:46 AM
Biasalah kakitangan awam... Keje tak perform pun hujung bulan gaji 1 sen pun tak berkurang. Lagi u ...

500% SETUJU!
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 07:32 AM | Show all posts
haa

“Yeah. So, in fact, I actually posted about that,” responded Musk, “because I called doctors in Wuhan and said, ‘What are the biggest mistakes that you made on the first wave?’ This is early on. And they said, ‘We put far too many people on intubated ventilators.’ So then I actually posted on Twitter at the time and said, ‘Hey, I'm what I'm hearing from Wuhan is that they made a big mistake in putting people on intubated ventilators for an extended period. And that this is actually what is damaging the lungs, not COVID. It’s the treatment. The cure is worse than the disease.’ And they, people, yelled at me and said, I'm not a doctor. I'm like, Yeah, but I do make spaceships with life support systems.”



tertipu tetipah
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni zaman siapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 08:17 AM | Show all posts
Menggelupur walaun2 serata socmed...yang ambil alih tak audit ker whatsapp message?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 08:21 AM | Show all posts
beli dengan China? diaorang ingat, diaorang beli dengan German, yang ada moral dan kualiti beli dengan China....aduhai, gagal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow melalui whatsapp..apstu semua pakat2 delete grup ye...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawaknya.. boleh order pakai wasap je rega jota-jota
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 08:52 AM | Show all posts
tak seprais pun uolsss

ni kan mesia

mesia semua bolehhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakai whatsapp je? Gen apa beli harta gomen guna whatsapp.

Serupa budak bbnu yang tak reti protokol, jemput interview orang guna whatsapp,shortform.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.097590 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list