CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4051|Reply: 0

[Sarawak] Premier saran PETRONAS bina kampus UTP atau INSTEP bersebelahan MRSM Bintulu

[Copy link]
Post time 1-11-2023 09:36 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari (tengah) dan Mohd Bakke (dua kanan) semasa bercakap pada sidang media di Bintulu semalam. - Gambar UKAS

BINTULU: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyarankan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) untuk membina kampus Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) atau Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) di sini.

Bercakap pada sidang media hari ini, Abang Johari berkata, negeri mengalu-alukan PETRONAS untuk mewujudkan kampus universiti di sini, bersebelahan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bintulu yang baharu.

"Kalau (kampus itu dibina) di sini, kita boleh buat praktikal bagi menerap kepakaran berbeza, kerana ramai kakitangan kita di Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan metanol dihantar ke INSTEP di Terengganu," katanya.

Beliau berkata, di Bintulu hanya ada Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) tetapi tiada teknologi Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS).

"Sebab itu saya kata sama ada kolej atau kampus (perlu dibina lagi) mungkin PETRONAS boleh bekerjasama dengan kita (Sarawak)," katanya sambil menambah, penting untuk membangun pusat latihan seumpamanya supaya pelajar yang keluar dari MRSM mahukan universiti dapat dilatih.

Katanya, graduan universiti bukan semestinya pakar sebaliknya mereka perlu dilatih dalam bidang dan kepakaran khusus terutama melibatkan pengurusan karbon, hidrogen dan sebagainya.

Menjawab soalan lain katanya, di peringkat negeri Sarawak, kerajaan telah mewujudkan lima sekolah antarabangsa yang mengguna Silibus Cambridge antarabangsa bermakna menggunakan bahasa Inggeris yang amat penting berdasarkan Artikel 161 Perlembagaan Persekutuan.

Sarawak mempunyai kebebasan untuk terus menggunakan bahasa Inggeris dan juga bahasa asal, bersama dengan bahasa Malaysia sebagai medium rasmi komunikasi.

"Kita boleh gunakan bahasa Inggeris, sektor swasta juga boleh misalnya PETRONAS hendak bangun kampus mereka, kita alu-alukan.

"MRSM telah ada tetapi saya rasa yang penting pendidikan kita jangan terlalu 'sempit' tumpuannya, dasar pendidikan mesti membuka sedikit ruang untuk itu," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan tersebut, Pengerusi PETRONAS Tan Sri Dato Seri Mohd Bakke Salleh berkata, ia merupakan cadangan baharu daripada Premier.

“Bagi pihak PETRONAS kita perlu kaji serta ambil kira peringkat tertentu sebelum menubuhkan kampus cawangan,” jelasnya.

Bagaimanapun katanya, ini satu cadangan baik tetapi ada juga implikasi yang perlu diambil kira.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Pengerusi PETRONAS Tan Sri Dato Seri Mohd Bakke Salleh, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.049797 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list