CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4038|Reply: 0

[Sarawak] Harga ayam tanpa subsidi belum beri impak kepada masyarakat Miri

[Copy link]
Post time 1-11-2023 09:31 PM | Show all posts |Read mode


Harga ayam di sebuah pasar raya di pusat bandar Miri menurun sedikit berbanding semalam (sebelum ia ditamatkan subsidinya).

MIRI: Meskipun isu penamatan subsidi ke atas harga ayam menimbulkan kekecohan di media sosial dan masyarakat di negara ini, namun suasananya berbeza di Miri apabila kenaikan tersebut dilihat belum atau tidak memberi sebarang impak.

Tinjauan Utusan Borneo di sini sekitar pasar basah dan pasar raya yang menjual daging ayam segar di sini, hari ini mendapati tiada perubahan harga ke atas daging ayam setakat ini dengan para peniaga masih memilih untuk mengekalkan harga yang sama.

Namun di salah sebuah pasar raya, harga ayam diturunkan sedikit daripada harga asal (semasa masih diberi subsidi) semalam.

Pekerja di bahagian jualan daging segar memberitahu, pihaknya hanya menerima arahan untuk harga ayam tersebut (daging segar) namun tidak dimaklumkan sama ada ia harga baharu ataupun untuk hari itu sahaja, memandangkan harga ayam tidak lagi dikawal kerajaan.

Tinjauan di beberapa premis sejuk beku yang menjual ayam segar juga mendapati keadaan masih terkawal dan lengang dan tiada yang mengadu mengenai kenaikan harga ayam.

Suri rumah, Maria Buma, 50, dari Permyjaya memberitahu, subsidi berkenaan tidak memberi kesan yang mendalam kerana kenaikan barangan sudahpun dijangka.

"Kalaupun harganya naik, kita tiada pilihan, terpaksa juga membeli kerana daging ayam merupakan sumber protein yang diminati anak-anak, namun saya berharap kenaikannya tidak terlalu tinggi kelak," katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui di sini.

Seorang kakitangan awam yang enggan didedahkan memberitahu, meskipun kenaikan berlaku beliau berharap ia tidaklah terlalu tinggi dan mengelak memberi bebanan kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan mempunyai ramai ahli keluarga.

"Kalau setakat kenaikannya dalam lingkungan RM1 ke bawah, saya rasa itu tidak ada masalah, masih boleh diterima dan kita pun bukan ada pilihan lain.

"Selain sebagai seorang ibu yang bekerja, saya kena peka juga, jika ada Jualan Rahmah atau jualan murah dan daging ayam dijual dengan harga rendah ketika itu, kita boleh beli dalam jumlah yang lebih untuk bekalan seminggu di rumah.

"Kalau harganya melambung kita boleh memilih untuk tidak membeli buat seketika," katanya.

Menurut beliau, berbanding dengan beras, daging ayam bukanlah satu kemestian sebaliknya suri rumah boleh memilih untuk membeli atau tidak kerana ada bekalan daging atau sumber protein yang lain.

"Susah-susah pun, bolehlah kita mulai menternak ayam untuk keperluan sendiri tetapi kena tengok tempat tinggallah, kalau macam saya dan suami yang tinggal di kuaters kerajaan, memang tidak dapat, bagi yang tinggal di kawasan kampung di pinggir bandar, senanglah," katanya.

Pada Isnin, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan bahawa kerajaan menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi dan harga kawalan bagi ayam bermula hari ini.

Beliau berkata, penamatan subsidi secara pukal itu adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang ketika ini ia turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Menurutnya, penamatan harga kawalan ayam juga menyokong kemampanan industri pengeluaran ayam tempatan di samping dapat meningkatkan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai.

"Penamatan subsidi ayam mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam yang sudah mula stabil yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling," ujar Mohamad.

Bagaimanapun kerajaan masih melanjutkan pemberian subsidi dan harga kawalan ke atas telur gred A, B dan C mengikut mekanisme sedia ada.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051400 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list