CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4060|Reply: 0

[Sarawak] 20 pelajar berpidato rebut Piala Senator Dato Dr Jeluing

[Copy link]
Post time 1-11-2023 09:29 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seramai 20 pelajar dari enam sekolah menengah di Miri akan berentap untuk merebut gelaran juara dalam pertandingan Pidato Bahasa Iban Piala Senator Dato Dr Jeluing anjuran Persatuan Dayak Miri (DAM).
   
Mereka terdiri daripada empat pelajar dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri, enam pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Marudi, tiga pelajar SMK Luar Bandar, lima pelajar SMK Suai, dua pelajar SMK Lutong dan seorang pelajar SMK Merbau.
   
Saringan pertama bagi pertandingan ini akan diadakan Sabtu ini, mulai jam 1 tengah hari di Ruai Francis Loke, Rumah Dayak Miri.
   
Menurut pengerusi penganjur Alice Matthew Jawan, bahasa Iban merupakan bahasa pertuturan seharian bagi kebanyakan etnik Iban di Sarawak dan turut dipelajari serta difahami oleh etnik-etnik lain yang terdapat di Bumi Kenyalang.
   
Namun demikian katanya, perkembangan era globalisasi telah memberikan cabaran baharu terhadap kedudukan dan peranan bahasa Iban.
   
"Walaupun bahasa Iban sudah mulai diterapkan dengan lebih mendalam di sekolah-sekolah yang berkenaan termasuk mewujudkan peperiksaan Bahasa Iban di peringkat sekolah rendah dan menengah, namun ia perlu lebih kukuh dan dimantapkan peranannya di setiap lapisan masyarakat Iban khususnya.
   
"Justeru, DAM tampil menganjurkan pertandingan seperti ini untuk melahirkan kalangan generasi yang berilmu serta mempunyai ketokohan dalam menyuarakan pendapat dengan lebih berkesan," ujarnya.
   
Dalam pada itu menurut Aice, objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memartabatkan penggunaan bahasa Iban agar seiring dengan penggunaan bahasa-bahasa utama lain di Malaysia.   
   
"Selain itu, ia juga bertujuan menyediakan platform untuk mengkaji dan mengupas isu-isu berkaitan serta meningkatkan kewibawaan, ketrampilan serta melahirkan kalangan generasi yang berilmu, mempunyai ketokohan dan bijak dalam menyuarakan pendapat," katanya.
   
Bagi tujuan itu katanya, pihak penganjur telah menyediakan 13 tajuk yang menarik dan para peserta boleh memilih salah satu tajuk untuk disampaikan pada pertandingan tersebut nanti.

Peserta diberi pilihan tajuk seperti 'Adat Enggau Budaya Enda Punas Ditelan Jaman', 'Tuju Pengawa Pelajar Ngagai Nembiak Sekula', 'Dadah: Munsuh ti Munuh', 'Sarawak Maju 2030 Ukai Semina Mimpi', 'Chara Nyeliahka Penanggul Ngandung Baruh Umur', 'Pemansang Menua Deka Datai Bepanggai Ba Nembiak Kemaya Dia', 'Agi Idup Agi Ngelaban', 'Plastik Ngeruga Pengidup Kitai', 'Apai Enggau Indai Patut Diberi Basa Pemadu Besai', 'Pengerai Lebih Berega Ari Semua Utai', 'Betanam Betupi Manah Dikena Nyungkak Penatai Pemisi', 'Ngepan Asal Kitai Iban Patut Dijaga' dan 'Penguntung Belajar Ke Main Asal Bansa Kitai'.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.312241 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list