CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2972|Reply: 0

[Sabah] Bot habis minyak, pasangan warga emas ditemukan selamat di perairan Filipina

[Copy link]
Post time 1-11-2023 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 1-11-2023 01:18 PM



SELAMAT: Pasangan warga emas terbabit berjaya dibawa pulang oleh pasukan Maritim Malaysia.

SANDAKAN: Suami isteri warga emas berdepan detik cemas selepas bot yang mereka naiki kehabisan minyak dan hanyut sehingga ke perairan Filipina, pada Ahad lepas.

Pasangan terbabit Md Asibih Tamang, 73, dan isterinya Fatima Ulo, 65, dalam perjalanan dari Terusan Sugut menuju ke Batu Putih, di sini untuk ke rumah anaknya, kira-kira jam 8 pagi.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa terbabit tidak tiba di destinasi berkenaan yang sepatutnya hanya mengambil masa selama dua jam sahaja, sebelum laporan dibuat kepada Maritim Malaysia.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.30 petang.

Katanya, setelah mendapat laporan, Martime Rescue Sub Centre (MRSC) Kota Kinabalu telah mengaktifkan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada hari yang sama.

Menurutnya, kedua-dua mangsa berjaya dihubungi dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat di Pulau Mapun, Filipina, pada Isnin.

“Mangsa telah diberikan bantuan oleh nelayan tempatan, sebelum menghantar mereka pulang dan diserahkan kepada Maritim Malaysia di kawasan berhampiran Tanjung Pamaguan.

“Pasangan terbabit kemudian dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada keluarga mereka, semalam,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Zainudin berkata, mangsa memaklumkan mereka menjadikan Pulau Tikus sebagai panduan perjalanan namun telah tersesat sehingga bot kehabisan minyak berhampiran Pulau Lankayan.

Katanya, mangsa kemudiannya mendapatkan bantuan petugas yang berada di Pulau Lankayan untuk mengisi minyak.

“Bagi mengelakkan daripada tersesat untuk ke destinasi yang dituju, petugas berkenaan menasihati mereka agar mengikuti sebuah kapal yang akan menuju ke Sandakan sebagai pandu arah.

“Namun, setelah beberapa ketika mengikuti kapal berkenaan, bot mereka memintas kapal terbabit dengan alasan ia bergerak terlalu perlahan dan khuatir berlakunya ribut.

“Malangnya, tindakan itu membuatkan mereka tersesat dan kehabisan minyak semula sehingga hanyut ke Pulau Mapun, Filipina,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Zainudin mengingatkan kepada komuniti maritim supaya mematuhi langkah keselamatan sepanjang berada di laut bagi mengelak daripada berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Sekiranya berlakunya insiden di laut, orang ramai boleh terus menghubungi bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian MERS 999,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.052855 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list