CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2989|Reply: 0

[Sabah] Malam Cinta Gaza berlangsung dengan jayanya

[Copy link]
Post time 1-11-2023 09:15 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Sebahagian penduduk yang hadir pada Malam Cinta Gaza yang diadakan di perkarangan Masjid Al Ittihad Kg Lupak.

BEAUFORT: Malam Cinta Gaza yang diadakan sempena Program Belia Sayang Kampung anjuran Majlis Belia Sabah (MBS) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Bawah dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya.

Acara yang diadakan di perkarangan Masjid Al Ittihad Kg Lupak itu telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam.

Penduduk setempat termasuk golongan belia kelihatan memenuhi ruang-ruang disediakan di perkarangan masjid Al Ittihad Kg Lupak bagi mengikuti Malam Cinta Gaza yang diadakan pada sebelah malam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan dalam ucapannya memuji usaha pihak penganjur kerana bukan sahaja telah berjaya merancang dengan baik tetapi juga berjaya melaksanakan dengan lancar dan teratur.



SUMBANGAN: Ruslan (tengah) menyampaikan replika cek kepada Aman Palestin sumbangan Pejabat ADUN Lumadan.

Ceramah yang diadakan sempena Malam Cinta Gaza kata Ruslan bukan sahaja dapat memberi gambaran kepada umat mengenai situasi sebenar tetapi juga secara tidak langsung mampu mengajak seluruh umat supaya terus menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Justeru Ruslan mengajak umat Islam supaya terus menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin sepanjang masa selain mendoakan saudara-saudara muslim agar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Pada masa sama beliau turut meminta rakyat supaya mensyukuri kehidupan di negara ini dan berpesan supaya semua terus memelihara ukhuwah yang sedia terjalin bagi memastikan Malaysia terus menjadi contoh kepada keutuhan perpaduan.

Pengerusi Tetap MBS, Mazlan Joehari Manan ketika ditemui menzahirkan berbanyak terima kasih kepada penduduk setempat serta para belia atas sokongan yang diberikan terhadap penganjuran Malam Cinta Gaza yang diadakan itu.

Menerusi sokongan yang dizahirkan penduduk dan belia setempat dalam penganjuran itu, beliau berkeyakinan program seumpama itu boleh dilaksanakan lagi di masa hadapan kerana ia berupaya membawa impak yang cukup signifikan.


HARGAI: Mazlan (tiga kiri) menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan daripada Aman Palestin (dua kanan) yang memberikan ceramah pada Malam Cinta Gaza.

Mazlan turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang program Belia Sayang Kampung yang diadakan di Kg Lupak sehingga acara terakhir selesai.

Beliau juga berharap penglibatan belia sepanjang program itu berupaya meningkatkan keyakinan diri selain mendidik masyarakat mengenai kepentingan sosial dalam komuniti yang dilihat dapat memberi kesan yang positif terhadap masyarakat umum.

Pada Malam Cinta Gaza itu, Ruslan menyampaikan sumbangan daripada Pejabat ADUN Lumadan berjumlah RM2,000 kepada Aman Palestin.

Aman Palestin turut menerima sumbangan RM1,000 masing-masing daripada Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Bawah dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Lumadan yang disampaikan Mazlan sebagai Pengerusi Gabungan dan juga Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Lumadan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049440 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list