CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2871|Reply: 0

[Sabah] Tiada pembelian panik penamatan subsidi ayam

[Copy link]
Post time 1-11-2023 09:10 PM | Show all posts |Read mode


TINJAU: Georgie bertemu seorang peniaga semasa meninjau jualan ayam pada hari pertama apungan harga ayam di Pasar Besar Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Tiada pembelian panik dalam kalangan pelanggan membabitkan bekalan ayam sebelum penamatan subsidi ayam, manakala peniaga didapati mematuhi perundangan seliaan KPDN.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah Georgie Abas berkata situasi positif itu dilihat semasa menjalankan pemeriksaan dan tinjauan sempena hari pertama apungan harga ayam selaras dengan pengumuman Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhubungan penamatan sepenuhnya subsidi dan kawalan harga bagi ayam bermula 1 November.

Katanya pemeriksaan yang dilaksanakan bersama sepasukan anggota penguatkuasa KPDN di Pasar Besar Kota Kinabalu dan pasar raya berdekatan itu juga mendapati bekalan ayam mencukupi dan dijual pada harga yang berpatutan.

“Peniaga juga didapati mematuhi perundangan  seliaan KPDN dan barangan keperluan asas serta barang kawalan yang lain ada di pasaran.

“Pegawai Penguatkuasa KPDN Sabah juga akan sentiasa berada di lokasi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar tani dan pasar raya untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan sebagai langkah memastikan bekalan makanan di pasaran mencukupi, mudah didapati dan dijual pada harga yang berpatutan,” katanya semasa ditemui semasa tinjauan terbabit.

Katanya KPDN akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi memastikan peniaga tidak mengambil keuntungan tinggi yang tidak munasabah dan memanipulasi harga ayam di peringkat peruncit.

“Pada masa yang sama, penguatkuasaan secara berhemah juga dilaksanakan dengan memberi pendidikan, nasihat dan amaran kepada peniaga supaya mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa dan mengamalkan perniagaan beretika,” katanya.

Beliau berkata setakat Januari sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 68,400 pemeriksaan dilaksanakan di premis seluruh Sabah.

“Hasil daripada pemeriksaan itu berjaya merekodkan sebanyak 1,162 kes melibatkan kesalahan mengikut AKHAP 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972, dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

“KPDN Sabah juga merekodkan nilai kompaun sebanyak RM189,450, RM5,608,408 nilai rampasan sebanyak RM123,000 denda,” katanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan mengikut perundangan ini.

“KPDN sentiasa mengalu-alukan sebarang maklumat serta aduan berkaitan salah laku peniaga dengan menyalurkan aduan menerusi saluran sedia ada,” katanya.
Kks-ub011123-vv-ayam-p1


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.267862 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list