CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1736|Reply: 0

[Perak] Hakisan tebing sungai bimbangkan penduduk Jalan Changkat Jong

[Copy link]
Post time 1-11-2023 01:28 PM | Show all posts |Read mode

PENDUDUK menunjukkan keadaan tebing sungai yang terhakis yang terletak berhampiran rumah penduduk di Kampung Simpang Tiga, Batu 9 Jalan Changkat Jong di Teluk Intan. -UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN



TELUK INTAN: Penduduk Kampung Simpang Tiga, Batu 9 Jalan Changkat Jong di sini yang kediaman mereka terletak berdekatan Sungai Bidor meminta kerajaan membina benteng kukuh untuk mengelak hakisan tebing di sungai tersebut.

Penduduk terlibat berkata, ini kerana rumah mereka terletak terlalu hampir dengan tebing sungai yang semakin terhakis dan boleh roboh jika hujan lebat.

Bekas ketua kampung tersebut, Mohd Ali Omar berkata, perkara itu sudah dibangkitkan beberapa kali semasa beliau menjadi ketua kampung demi keselamatan penduduk.

Menurutnya, dia mencadangkan agar dibina batu sangkar supaya hakisan sungai dapat dikurangkan namun tiada tindakan dilakukan.

Katanya, ini menyebabkan hakisan tanah semakin teruk akibat arus deras sungai dan semakin membimbangkan penduduk.

“Kami memohon JPS membina batu sangkar di Sungai Bidor di kampung ini bagi mengelak tanah tebing sungai rebak.

“Jika berlaku, ini bukan hanya menyebabkan banjir tetapi mendedahkan risiko rumah boleh rosak kerana kedudukannya terlalu hampir dengan tebing,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, kejadian banjir yang berlaku di kampung itu baru-baru ini berpunca daripada air sungai melimpah dan masuk ke kawasan kediaman penduduk.

Katanya, apa yang menjadi masalah ialah air banjir tidak boleh mengalir keluar kerana kedudukan ban atau tebing sungai yang tinggi.

“Saya berharap JPS melihat keadaan tebing sungai yang semakin terhakis.

“Jika batu sangkar dipasang, berkemungkinan tanah tebing ini dapat diselamatkan, sekaligus mengelak banjir yang berpunca daripada limpahan air sungai,” katanya.

Penduduk, Siah Kamsha, 60, berkata, kedudukan rumahnya terlalu hampir denga tebing sungai iaitu hanya beberapa meter dengan tebing yang rebak.

Menurutnya, keadaan itu membimbangkannya jika tebing yang rebak tidak diperbaiki atau diperkukuhkan lagi.

“Jadi saya merayu kepada pihak yang berkaitan melihat keadaan tebing sungai yang semakin teruk ini, apatah lagi ketika musim tengkujuh ketika ini,” katanya. -UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... alan-changkat-jong/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.055741 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list