CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3606|Reply: 5

Cakap Mampus Dan Kata Kesat Depan Makan Rasulullah, Baby Shima Sindir Janna Nick!

[Copy link]
Post time 1-11-2023 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Baby Shima sindir Janna Nick susulan tindakan 'bersumpah' di depan makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, Madinah menerusi drama terbaharu lakonannya berjudul Surat Dari Tuhan.


"Tak mengapalah, mungkin macam itu joke (gurauan) yang okay bagi dia," tulisnya di IG Story.


Bagaimanapun menerusi hantaran seterusnya, Shima memuat naik sebuah video mengatakan ia hanyalah satu gurauan.




Foto: IG




"Hey rileks... This is a joke (ini hanya gurauan), my joke (gurauan saya)," ujarnya.


Pada Selasa, pendakwah Asma' Harun membuat teguran terhadap satu adegan dalam sebuah drama baharu yang kini ditayangkan di sebuah stesen televisyen swasta.


Difahamkan Asma' merujuk kepada adegan antara pelakon Janna Nick dan Sheila Mambo dalam drama Surat Dari Tuhan yang dilakonkan dalam sebuah bilik hotel berhampiran Masjid Nabawi.




  



Dialog yang dilontarkan ialah "Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makam Rasulullah ni aku cakap depan muka kau... Kalau Rayan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni kau mampus!".


Tegas Asma', pihak produksi tidak sewajarnya mengaitkan makam Rasulullah lebih-lebih lagi dialog dilontarkan mengandungi perkataan sama sekali tidak sesuai.


Lebih dikesalkan kerana babak tersebut dipercayai dilakonkan di Tanah Suci berhampiran dengan Masjid Nabawi di Madinah.


Sebelum ini, Shima meraih perhatian di media sosial selepas memuat naik sebuah video menggunakan filter 'I Stand With Israel' di Instagram miliknya.




  



Namun pada penghujung rakaman video tersebut menunjukkan penyanyi berkenaan menumbuk dan memijak bendera Israel sebagai tanda protes terhadap rejim zionis itu.


Bagaimanapun, Shima dikecam kerana dilihat cuba bergurau tentang isu tersebut malah Janna turut menegur memberitahu ia bukan perkara yang boleh dibuat gurauan.


  



"Stop buat content macam ni. This is not a joke. Terima kasih," katanya.


Malah, pelakon filem Jemputan Ke Neraka itu menasihatkan Shima sekiranya ingin mencipta kontroversi sebaik-baiknya jangan mengaitkan isu sensitif demi meraih perhatian ramai. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Hallah hallah nak jugak menyelit..ko fokus nyanyi je la nek shima ooi.. kontroversi x habis2 x nk bg nama sendu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 12:30 AM | Show all posts
Modal kekdahnya utk jejantans menembak dinding...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
oh patut la sheols sindir budak syurga tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 10:15 AM | Show all posts
tak abis lagi dia punye marah kat JN
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2023 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Shima ni oklah muka sweet. Nyanyi live pun elok. Cuma xcerdik. Terserlah masa 'gaduh' dgn syukriak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.412219 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list