CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 793|Reply: 0

[Perak] Operasi cari warga emas hilang di hutan dihentikan

[Copy link]
Post time 31-10-2023 12:31 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba menjalankan operasi mencari warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Saseh, Pos Perwor di Sungai Siput. - UTUSAN/IHSAN JBPM




SUNGAI SIPUT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Ali Pandak, 68, yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Saseh, Pos Perwor di sini sejak Khamis lalu, dihentikan semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput, Mohd. Jamalludin Mat Yusop berkata, gerakan mencari mangsa pada hari keempat itu dihentikan selepas tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.

“Setakat ini tiada sebarang petunjuk baharu yang boleh membantu usaha pencarian mangsa. Mangsa juga masih gagal dijumpai walaupun kawasan carian diperluaskan lagi sehingga tiga kilometer.

“Hasil perbincangan bersama pasukan polis, tok batin dan waris, operasi mencari mangsa dihentikan sementara sehingga kita memperoleh petunjuk baharu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Jamalludin berkata, operasi yang disambung hari ini disertai 39 orang melibatkan anggota bomba termasuk Unit Anjing Pengesan (K9), polis serta penduduk kampung.

Katanya, pencarian pada hari keempat itu memberi tumpuan di sekitar kawasan Bukit Cheneh iaitu lokasi parang milik mangsa dijumpai semalam.

“Selain itu, pencarian juga dijalankan di kawasan rumah kongsi di mana anjing lelaki berkenaan ditemui selain unit K9 mengesan mangsa di lokasi kali terakhir dia dilihat,” katanya.

Kehilangan lelaki warga emas itu disedari keluarganya pada pukul 8.30 pagi pada Khamis lalu sebelum usaha mencari mangsa dijalankan di kawasan sekitar.

Difahamkan, warga emas terbabit tidak pernah keluar bersendirian dari rumah kerana faktor kesihatan. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... i-hutan-dihentikan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.520983 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list