CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 780|Reply: 0

[Perak] Lesap RM236,300 angkara Datuk Samsul Anwar

[Copy link]
Post time 31-10-2023 12:16 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

TANJUNG MALIM – Seorang guru wanita kerugian RM236,300 selepas terpedaya sindiket penipuan panggilan telefon atau phone scam yang menyamar sebagai pegawai polis dikenali Datuk Samsul Anwar.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, penipuan bermula pada 30 Ogos lalu apabila wanita berusia 52 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri daripada Pos Laju Melaka.

Katanya, individu berkenaan mendakwa mangsa ada membuat penghantaran barangan yang tidak sampai kepada penerima di mana mengandungi barang salah dan terlarang.

“Mangsa menafikan dakwaan itu dan diminta membuat laporan polis sebelum panggilan telefon disambungkan ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

“Mangsa telah bercakap dengan lelaki dikenali Tuan Ammar dan Datuk Samsul Anwar dan diberitahu bahawa kad mesin juruwang automatik (ATM) CIMB Bank atas nama mangsa telah dijumpai hasil serbuan ke atas penjenayah dikenali Ong Kai Chin.top

“Datuk Samsul Anwar juga memberitahu terdapat satu waran tangkap atas nama mangsa selain dituduh menjual kad ATM itu dengan nilai RM20,000 dan menerima komisyen sebanyak RM28,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa kemudiannya dihubungi lagi oleh Datuk Samsul Anwar yang bertanyakan jumlah akaun bank milik mangsa sebelum meminta wanita itu memindahkan wang Tabung Haji berjumlah RM49,000 dan RM27,300 wang Amanah Saham Bumiputera (ASB) ke Bank Islamnya bagi tujuan siasatan polis.

Katanya, mangsa juga telah diminta oleh suspek untuk membuat pinjaman peribadi di Bank Islam dan mangsa yang tidak sedar sedang ditipu kemudiannya membuat pinjaman berjumlah RM150,000.

“Suspek juga telah meminta mangsa memasukkan wang berjumlah RM10,000 ke dalam akaun Maybank untuk bayaran guaman bagi perbicaraan yang akan dijalankan pada bulan depan.

“Mangsa hanya menyedari dia ditipu selepas pergi ke Bank Islam semalam, untuk membuat semakan wang di dalam akaun dan terkejut apabila mendapati kesemua wang berjumlah RM236,300 miliknya lesap,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... datuk-sambul-anwar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.612692 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list