CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 840|Reply: 0

[Sabah] Eksesais Maritim berupaya pelihara kedaulatan Laut China Selatan

[Copy link]
Post time 30-10-2023 11:56 PM | Show all posts |Read mode


ALAT: Hajiji (kiri) mencuba alat komunikasi yang digunakan semasa melawat Kapal Maritim Arau selepas melancarkan Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 Maritim Malaysia.

KOTA KINABALU: Pelaksanaan Eksesais Maritim Perkasa Timur berupaya memelihara kedaulatan negara khususnya di Laut China Selatan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, eksesais berkenaan berteraskan konsep elemen cegah rintang sebagai salah satu teras strategik maritim melalui pencegahan pelanggaran undangundang di laut.

Katanya, ia sekali gus menunjukkan kehadiran aset-aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Zon Maritim Malaysia.

Beliau yakin dengan gabungan sumber, keupayaan sedia ada dan koordinasi yang jitu, pelaksanaan eksesais itu akan berjaya membantu Maritim Malaysia mempertingkatkan keupayaan serta kecekapan sumber manusia dan kesiagaan aset melindungi kepentingan Zon Maritim Malaysia.

Menurutnya, ia juga untuk menguji kecekapan pegawai dan anggota terlibat dalam merancang, melaksanakan eksesais serta operasi sebenar pada masa akan datang di samping memperagakan kehadiran di Laut China Selatan khususnya di perairan Sabah.

"Kerajaan negeri mahu operasi bersama antara pasukan dan agensi keselamatan negara terus dipertingkatkan bagi menangani pelbagai aktiviti jenayah sama ada di darat atau laut negeri ini.

"Perairan negeri Sabah yang luas dan panjang serta bersempadan dengan negara jiran, memberi cabaran kepada pasukan dan agensi keselamatan negara.

"Keadaan itu menyebabkan pelbagai aktiviti jenayah rentas sempadan, termasuk aktiviti penyeludupan dadah, rokok dan barangan bersubsidi, selain isu
pencerobohan nelayan asing dikesan di perairan negeri ini," katanya.
Bagaimanapun jelasnya, aktiviti itu dapat dipatahkan oleh pasukan dan agensi keselamatan negara termasuk oleh Maritim Malaysia, polis dan tentera.

“Saya berharap latihan bersepadu dalam operasi bersama antara pasukan dan agensi keselamatan negara terus dipertingkatkan pada masa akan datang, bagi menangani pelbagai aktiviti jenayah sama ada di darat atau laut di negeri ini.

“Bagi memacu ketersediaan aset dan kompetensi untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan Zon Maritim Malaysia pada setiap masa, saya berharap melalui eksesais yang dilaksanakan, akan dapat meningkatkan lagi kecekapan Maritim Malaysia dalam membantu mengawal keselamatan di perairan negara khususnya di negeri ini.

"Ia kerana Maritim Malaysia adalah antara agensi yang mempunyai peranan penting dalam memelihara keselamatan perairan negara," katanya ketika merasmikan Eksesais Maritim Perkasa Timur 2/2023 Maritim Malaysia di sini hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan negeri amat menghargai usaha Maritim Malaysia dan bersedia memberi kerjasama dalam apa juga perkara dan menjadikan agenda utama dalam memastikan kedaulatan dan keselamatan negara khususnya negeri Sabah terjamin.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga amat menghargai dan menyanjung tinggi pengorbanan serta kerja keras perwira-perwira Maritim Malaysia yang tidak mengenal erti penat lelah dalam menjalankan tugas.

"Eksesais ini dilaksanakan merangkumi perairan Kota Kinabalu dan gugusan semarang peninjau di perairan negeri Sabah, Beting Patinggi Ali, Hampasan Dang Ajar dan Beting Raja Jarum hingga ke Perairan Kuching di perairan Sarawak," jelasnya.

Katanya, Eksesais Maritim Perkasa Timur yang bermula pada 28 Oktober lalu hingga 4 November ini adalah eksesais gabungan elemen dalam mengukur kesiagaan dan keupayaan aset-aset Maritim Malaysia.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.213822 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list