CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2183|Reply: 0

[Kedah] Kerap banjir, penduduk mohon naik taraf sistem saliran

[Copy link]
Post time 30-10-2023 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 30-10-2023 06:20 PM

Kerap banjir, penduduk mohon naik taraf sistem saliran

oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
  30 Oktober 2023   05:00pm




Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu membersihkan rumah penduduk Kampung Bukit Belah yang dilanda banjir kilat. (Gambar kecil: Mohd Ridzuan, Mat Jusoh)



SUNGAI PETANI - Penduduk Kampung Bukit Belah di sini memohon pihak berkuasa menaik taraf infrastruktur saliran dan pengairan di kawasan itu bagi menangani banjir kilat yang sering melanda sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pesara, Mat Jusoh Mamat, 65, berkata, longkang dan sungai sedia ada tidak dapat menampung limpahan air yang semakin meningkat ketika hujan lebat termasuk ketika fenomena air pasang.



Menurutnya, terdapat beberapa tempat yang memerlukan kerja-kerja naik taraf bagi meningkatkan kapasiti aliran air terutama ketika musim hujan.

“Longkang dan sungai sedia ada di sekeliling kampung ini tidak mampu lagi menampung jumlah air yang semakin meningkat berikutan projek pembangunan di kawasan sekitar.



“Air cepat naik walaupun hanya sejam hujan lebat,” katanya.

Rungutan sama turut diluahkan seorang lagi penduduk kampung, Mohd Ridzuan Mohd Razali, 38, yang memaklumkan kejadian banjir kilat pada Ahad adalah paling terburuk tahun ini.



Mohd Ridzuan menunjukkan kadaan sungai yang semakin cetek dikhuatiri tidak mampu menampung kapasiti air yang besar sehingga menyebabkan sering berlaku banjir kilat di Kampung Bukit Belah.



“Kami minta pihak berkuasa untuk mendalamkan sungai selain membersihkan laluan air termasuk longkang di sekitar kawasan perumahan di sini bagi mengelakkan air melimpah ke beberapa buah kampung sekitar,” katanya.


Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Bau Wong Bau Ek mengakui bahawa beberapa infrastruktur saliran dan sistem pengairan di kawasan itu sudah lama.


“Saya akan mengadakan pertemuan dengan Pegawai Daerah Kuala Muda, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk membincangkan perkara ini.

“Saya sudah meninjau kawasan yang dilanda banjir kilat petang semalam (Ahad) dan telah mengenal pasti beberapa lokasi yang menyebabkan saliran dan sungai tersumbat,” katanya.



Tambah Bau, keutamaan pihaknya ialah mengadakan perbincangan dengan agensi berkaitan bagi merangka penyelesaian jangka pendek memandangkan projek tebatan banjir di Sungai Petani masih dalam kajian.


Selain Kampung Bukit Belah, beberapa lokasi sekitar turut mengalami banjir kilat termasuk Kampung Haji Wahab, Taman Kenari Baru 2, Kampung Batu Dua dan Taman Berlian.

Selain itu, Taman Sejati, Taman Bersatu, Taman Widuri, Taman Teratai, Ambangan Heights, Taman Sari dan Kampung Wat Siam turut ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat petang Ahad.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.044895 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list