CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2149|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rumah, sekolah rosak dibadai ribut di Sungai Acheh

[Copy link]
Post time 30-10-2023 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Rumah, sekolah rosak dibadai ribut di Sungai Acheh

30 Oktober 2023 12:51pm







Gambar hiasan - Foto 123RF



NIBONG TEBAL - Sebanyak 13 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Masyarakat Kampung Tanah Kebun di sini sejak semalam, selepas kediaman mereka di Sungai Acheh rosak dibadai ribut, petang semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Rashidi Zinol berkata, beliau bersama pasukannya bergegas ke lokasi kejadian untuk membantu penduduk terjejas, sejurus menerima maklumat berhubung kejadian ribut di kawasan berkenaan.



"Selain dua buah rumah yang rosak teruk akibat ribut itu, sebahagian bumbung Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Setar turut diterbangkan angin dan saya sendiri telah ke sekolah berkenaan berjumpa guru besar bagi mendapatkan maklumat lanjut.

"Sebanyak 13 orang termasuk enam kanak-kanak yang rumah mereka rosak teruk itu ditempatkan di dewan berkenaan buat sementara waktu, dan kesemua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.



Rashidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan serta Luar Bandar meminta mana-mana mangsa ribut semalam agar memaklumkan kepada pusat khidmat beliau untuk tindakan selanjutnya.

Selain kejadian ribut, Rashidi berkata, puluhan rumah di Kampung Haji Umar dan Sungai Chenaam dalam kawasan Sungai Acheh turut terjejas akibat banjir kilat, namun tiada mangsa dipindahkan ke PPS sehingga hari ini.


Sementara itu, Sekretariat Bencana Negeri APM Pulau Pinang ketika dihubungi berkata, sebaik menerima maklumat banjir kilat, pihaknya dengan kekuatan 15 anggota terus ke kawasan terjejas bagi membantu memindahkan barangan elektrik ke tempat lebih tinggi.

"Ada rumah penduduk yang terputus bekalan elektrik dan pihak kami membawa mangsa ke Dewan Masyarakat Kampung Tanah Kebun itu untuk memastikan mereka selamat dan diberi makanan sebelum dibenarkan pulang semula ke rumah masing-masing selepas bekalan elektrik kembali pulih," katanya.





Sementara itu, mangsa banjir kilat, Rosma Lina Ahmad Razif, 36, berkata, dia sekeluarga sempat menyelamatkan barangan elektrik selepas air tiba-tiba masuk ke dalam rumahnya dari bahagian dapur dan memenuhi ruang tamu, berikutan hujan lebat. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.041323 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list