View: 2988|Reply: 13
|
ASGV: Zamani Tersingkir- Kurang Stamina, Sukar Menyanyi Sebab Masalah Pernafasan
[Copy link]
|
|
Zamani diumumkan sebagai peserta keenam tersingkir dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad.
Zamani yang mempertaruhkan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad hanya mendapat markah sebanyak 56.50 peratus daripada barisan juri profesional.
Datuk Syafinaz Selamat berkata, persembahan Zamani kurang bertenaga dan dilihat mengalami kesukaran dalam nyanyiannya.
Foto: mStar
"Suara awak adalah keistimewaan awak, tak perlu nak tukar lagi. Cuma awak macam ada kesukaran menyanyi malam ini.
"Ini termasuk isu pernafasan, kita nampak awak macam ada masalah stamina. Awak perlukan lebih banyak tenaga," katanya.
Pada pertandingan minggu keenam ini, Liza Hanim muncul juara dengan markah sebanyak 76.75 diikuti Hardy Mirza (76.50) dan Azharina (75.25).
Dalam pada itu, Hardy Mirza diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton.
Anugerah Gegeran Generasi Juara pula milik Naqiu yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1, 000.
ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse manakala Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
ASGV boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
yaa nampak sgt smlm heols nafas tak sampai.. |
|
|
|
|
|
|
|
lasagna replied at 30-10-2023 09:02 AM
yaa nampak sgt smlm heols nafas tak sampai..
Banyak air dlm lungs? |
|
|
|
|
|
|
|
ibarat gitu lah... napas pendek, stamina kurang.
mengah dia nk catch up lirik tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah sihat ye dia... Lps operation hr tu dah ok lah ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik baju dia malam tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni ptut kuarkan awal2… syg ayai dgn suki yg lbh bgus dikeluarkan sbb nak smpan dia |
|
|
|
|
|
|
|
walau apa pun persembahsn hauk dari dia kat gv, tetap aku akui dia antara penyanyi lelaki yg bersuara sedap & merdu.. one of a kind dia punya suara walau tak sejantan suara tok jamal.. |
|
|
|
|
|
|
|
tone suara zamani tetap merdu dan unik, tetap legend, cuma dia xsesuai untuk pertandingan |
|
|
|
|
|
|
|
meols antara peminat lagu lagu dia tapi semalam memang nampak nyanyian dia tak sampai.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg patut dia keluar. dia sorang penyanyi yg takde peningkatan. nyanyi lag dan semput. tengok yg lain semua dah improve byk, nana sendayan pon better semalam dari minggu2 lepas.
baidewei, berdebar tengok hadi mirza semalam. hensem betul. lain aura lagu tu berbanding kalau hael oppa yg nyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
jelassss naw mlm td
takpe la bang, rezeki di luar sana masih ada, insyaAllah... |
|
|
|
|
|
|
|
yang veteran2 mcm tok ecah, ayai, zamani ni mmg expected la tsingkir awal..
liza hanim dgn naqiu mcm dah cnfirm ke final yach... |
|
|
|
|
|
|
|
Lega la juga zamani dah terkeluar. Bukannya dia tak boleh menyanyi, Cuma tak sesuai nak bertanding. Banyak komitmen nak bertanding, kene sound check, reherseal banyak kali. Fikir nak perform macam mana lagi. Baik je la perform dekat event. Pergi je menyanyi tak payah kisah pasal sampai key ke tak. Nyanyi ikut selesa.
tunggu konsert SLAM tahun depan. abg Shah kata kalau boleh tiap-tiap tahun nak kene buat konsert
|
|
|
|
|
|
|
| |
|