View: 3356|Reply: 0
|
Arteta akui Eddie Nketiah penyerang 'bertaraf dunia'
[Copy link]
|
|
Arteta akui Eddie Nketiah penyerang 'bertaraf dunia'
Penyerang Arsenal, Eddie Nketiah (kiri) menyumbat masuk gol kedua ketika membenam Sheffield United 5-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London lewat malam tadi. – Foto REUTERS
LONDON: Bos Arsenal, Mikel Arteta berkata Eddie Nketiah adalah seorang penyerang "bertaraf dunia" dengan keupayaan untuk meningkat selepas menjaringkan hatrik ketika membenam Sheffield United 5-0 lewat malam tadi.
Kemenangan rutin buat The Gunners meletakkan anak buah Arteta dua mata di belakang musuh utara London, Tottenham di puncak carta Liga Perdana Inggeris.
Namun ramai mempersoalkan sama ada Arsenal memiliki penjaring gol sejati yang diperlukan untuk merampas kejuaraan daripada Manchester City.
Nketiah disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas Gabriel Jesus mengalami kecederaan hamstring ketika menang 2-1 ke atas Sevilla dalam Liga Juara-Juara di gelanggang lawan awal pagi Rabu lalu.
Arteta memuji penjaring gol terbanyak sepanjang zaman England bagi peringkat umur B-21 itu.
Penyerang Arsenal, Eddie Nketiah meraikan gol ketiga sekali gus melengkapkan hatrik ketika berdepan Sheffield United pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London lewat malam tadi. – Foto REUTERS
"Bagi saya, dia di tahap tertinggi," kata Arteta. "Dia sudah bermula lapan daripada 10 perlawanan Liga Perdana, jadi ia membuktikan kepada anda betapa kami dan saya mempercayainya dan kepentingannya dalam pasukan.
"Amat gembira buatnya, seorang pemain akademi, untuk meraih pengalaman meledak hatrik dalam Liga Perdana.
"Dia perlu menikmati saat ini, dia berhak menikmatinya dan harapnya lebih banyak lagi gol akan diperolehnya."
Nketiah menjadi pengganti Jesus bagi tempoh yang lama musim lalu selepas penyerang Brazil itu mengalami kecederaan lutut pada Piala Dunia.
Selepas pada awalnya memukau dengan empat gol dalam lima perlawanan pada Disember dan Januari, dia gagal menjaringkan gol dalam 13 penampilan terakhir kempen Liga Perdana ketika Arsenal diatasi City dalam perebutan kejuaraan.
Selain hatrik Nketiah pada minit ke-28, 50 dan 58, dua lagi gol Arsenal disumbat Fabio Vieira (m-88) dan Takehiro Tomiyasu (m-90+6). – AFP
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... rang-bertaraf-dunia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|