View: 35490|Reply: 593
|
'Berani Betul Sharnaaz Rendahkan Tahap Intelektual Saya' – Azhar Sulaiman
[Copy link]
|
|
Pelakon Azhar Sulaiman, 52, tidak menyangka aktor, Sharnaaz Ahmad, 38, berani merendahkan tahap intelektualnya berhubung isu pergolakan di bumi Palestin.
Kata Azhar, komennya berhubung isu Palestin merujuk kepada persoalan strategi peperangan pejuang Hamas dalam menentang Israel dan bukannya perjuangan mereka.
“Kali ini adalah satu lagi episod siri peperangan yang panjang antara mereka (merujuk kepada Hamas dan Israel). Saya ikuti isu peperangan ini sejak kecil lagi dengan semua bahan bacaan dari Palestin.
“Sekarang, yang saya persoalkan adalah strategi dalam serangan kali ini. Kita jangan lupa orang-orang di sekeliling kita bila kita buat sesuatu ke jalan Allah dan fikir diri kita sendiri.
“Saya tetap dengan pandangan saya sendiri berkenaan isu ini,”katanya membalas kenyataan Sharnaaz selepas aktor berkenaan meninggalkan beberapa respons di ruangan komen akaun Instagram Azhar.
Sharnaaz dilihat tidak bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan Azhar yang menyebut ketua Hamas tidak mempunyai kebijaksanaan seperti panglima perang Islam dahulu.
Selain itu, Azhar tidak menolak bahawa perjuangan yang dibawakan oleh Hamas sangat mulia cuma yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana pemimpin mereka menjalankan strategi perang.
“Hamas merupakan sebuah organisasi Islam yang berjuang demi Palestin. Perjuangan mereka mulia tapi dalam masa yang sama, manusia yang menjadi pemimpin.
“Ada pemimpin bijak dan ada yang tidak. Jadi, serangan 5,000 roket kepada Israel ini apa strateginya? Cuma bom Israel dan tunggu serangan balas mereka dan bunuh orang-orang awam secara besar-besaran? Adakah ini taktik yang bijak?”katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Abang 92 dan Impian ini berkata, dia banyak mengikuti dan menonton program-program berkenaan Islamik dan lebih faham mengenai kehidupan.
“Anda semua kena menonton Filem Valley Of The Wolf terbitan Turki.Nanti anda akan lebih faham konflik di antara mereka,”katanya.
Terdahulu, Azhar dalam satu hantaran di Instagram memberi pandangan bahawa ketua Hamas tidak mempunyai kebijaksanaan seperti panglima perang Islam dahulu.
Azhar mempersoalkan tindakan lanjut pejuang Hamas dan strategi peperangan menentang Israel selepas gelombang pertama serangan dilakukan.
Bahkan, dia menyebut, pejuang Hamas wajar mengejar kematian syahid dengan kebijaksanaan dan bukan dengan kedangkalan atau bersikap mementingkan diri sehingga rakyat Palestin menjadi mangsa.
Pandangan itu turut menyaksikan Azhar diserang dengan pelbagai respons daripada pengikut dan pengguna Instagram.
Bagaimanapun, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, hantaran tersebut telah dipadamkan oleh Azhar hari ini, dipercayai selepas mendapat desakan daripada pengikut yang membantah.
Sumber: Utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
Btl gak kata abe har.. Mcm lembab lak hamas nk bertindak.. Dh tahap kritikal tp biar je menda ni |
|
|
|
|
|
|
|
saya bersependapat dgn mami.... |
|
|
|
|
|
|
|
iolls pun team mami..
kali ni paling nampak ramai sangat yg ambil kesempatan atas isu Palestine
family iolls mmg dari dulu pergi Demo
tadi pergi demo Palestine , banyak camera...semua nak jadi yg terpaling
ramai jual2 bendera, mafla, ramai yg mempergunakan isu ni
government, artis, suddenly semua jadi yg terpaling |
|
|
|
|
|
|
|
Go Behar!
Nanaz who? Ramai yg menunggang je sebenarnya. Pastu nak kutuk judge orang2 yg tak post psl Palestine. Kalau cakap lain sikit je walau benar macam Behar, memang kena lahar. Now dah sampai tahap munafikkan orang. Dah jadi wajib maka dosa kalau xsokong hamas. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sokong nanaz busuk tapi sorry statement mami ni very de jahil. Kalau hamas tak serang israel pun rakyat Palestine tu tetap hari2 kena tindas, kena bunuh tanpa sebab. Tau ke tak? Tau tak perasaan bila tanah ko, rumah ko kena rampas, bila hidup ko takde hak sbg seorang manusia? Kat west bank tu takde hamas pun tapi kat sana berapa ramai yg mati kena bunuh dgn israel setiap hari?? |
|
|
|
|
|
|
|
Betul. Memang hari2 Gaza tu kne abused, tapi tak seteruk kali ni.
Hamas serang, then Israel sah2 la serang balik bertubi2, dah tak kisah ape dah.
Hamas buat ape after serang tu? Yg jadi mangsa orang awam, kanak2, orang tua, wanita yg tk tahu ape2 tiberrrr kne bom semata2 nk cari hamas yg seketul dua tu.
Israel kali ni nmpk mcm all out |
|
|
|
|
|
|
|
Ai lebih side mami ni dari mamu.
Mami ni byk membaca.. Otak pun pandai. (tolak tepi lah hal didik anak dia kan hihihi)
Mamu tu tak pasti lah rajin membaca ke or lebih ikut kata hati acah2 samseng kampung pisang suka memekak. Tp dgn sskjp elok je diam. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Piramida replied at 28-10-2023 09:23 PM
Ai lebih side mami ni dari mamu.
Mami ni byk membaca.. Otak pun pandai. (tolak tepi lah hal didik an ...
Ya..mami mmg banyak membaca..sama mcm wife dia chemp
So aku rasa mami lg ada point sbb kuta bleh judga la org yg pandai dan bodoh mcm nanas ni
Nanas ada membaca hal2 geopolitik ke?
Stakat jd samseng kampung je |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 28-10-2023 09:29 PM
Ya..mami mmg banyak membaca..sama mcm wife dia chemp
So aku rasa mami lg ada point sbb kuta bleh j ...
Kihkihkih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Shahnaz pernah bijak ke?? 2x5 jah dgn topinasi, menunggang tak habis + terpaling komen, terpaling tahu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annadonna at 28-10-2023 11:54 PM
Apa azhar cakap tu semua adalah betul dan bernas. Yang tak educated memang tak paham dan melihat isu ni dari sudut sentimen agama saja. Azhar bercakap pasal isu strategi perang, bukan pasal agama. Tapi kalau org dah emosional dan terpaling palestin, tak reti pulak berhujah sebab tak banyak membaca, itulah jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Menyampah dengan Mamu ni. Dgn gf dia skali iols pangkah. Mulut longkang |
|
|
|
|
|
|
|
immaryjane replied at 28-10-2023 09:20 PM
Betul. Memang hari2 Gaza tu kne abused, tapi tak seteruk kali ni.
Hamas serang, then Israel sah2 la ...
Ye setuju.. kesian org awam |
|
|
|
|
|
|
|
exactly! ramai yang ikut emosi . nak dpt kan syahid, tapi dok gadai nyawa anak2 wanita dan org tua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul mami ckp tu. Psl strategi. Tau kan israel tu ada negara bsr backup. Yg jd mangsa org awam. Nanas terpaling semua nak bidas. Dgn fmly ex binik kalah jua. Snyp terus |
|
|
|
|
|
|
|
LauraRichis replied at 28-10-2023 09:09 PM
Tak sokong nanaz busuk tapi sorry statement mami ni very de jahil. Kalau hamas tak serang israel pun ...
Mungkin baru follow pasal ni & lupa kesengsaraan yang ditanggung penduduk palestin yang dah puluhan tahun dianiaya. Gaza tu open air prison. Tengok lah sekarang ni pun nak bawak masuk bantuan kena tunggu green light si lehnat. Fuel tak bagi masuk, kononnya takut hamas guna untuk buat roket. Dah ada iron dome & dah banyak kali intercept roket hamas pun masih lagi hidup dalam ketakutan. Si lehnat tu kalau sekor rakyat dia mati memang habis 1 kampung dibom. Dia bukan peduli. Lepas tu bagi alasan tempat yang dibom tu markas hamas. Bingai tak bertepi. Suruh penduduk gaza pindah ke selatan sebab katanya nak bom bahagian utara tapi belah utara & selatan pun dibomnya. Itu pun ada yang puji si lehnat yang banyak muslihat tu baik sebab bagitau awal2 nak bom tempat tu supaya penduduk gaza bersedia 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|