CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4264|Reply: 50

[Tempatan] Malaysia ketandusan pelakon lelaki 'macho', bersifat kejantanan

[Copy link]
Post time 27-10-2023 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 27-10-2023 02:23 PM

PETALING JAYA: Pelakon berpengalaman, Wanji Aswandi tidak menafikan bahawa industri drama dan perfileman tempatan semakin kekurangan pelakon lelaki baharu yang menyerlah sifat kejantanannya.

Katanya, keadaan itu mungkin sekali disebabkan modul seni bela diri yang sebelum ini menjadi sebahagian modul yang diajar kepada pelakon yang mengikuti kursus lakonan di universiti kini telah dimansuhkan.

“Dulu, seni bela diri memang diajar kepada pelajar yang mengikuti kursus asas lakonan. Bagaimanapun, ia telah dimansuhkan sejak tahun 2005.

“Seorang pelakon (lelaki) kena pelajari seni bela diri sebab perkara itu akan membentuk gesture tubuh yang betul bagi lelaki sekaligus menyerlahkan kejantanannya.

“Contoh Eman Manan yang memang belajar silat ketika beliau membesar di kampungnya dahulu. Ini bermaksud seni bela diri, tak kira jenis apa sekalipun, penting untuk pelakon lelaki,” katanya.

Kata Wanji lagi, masalah paling ketara dalam proses pencarian pelakon lelaki masa kini adalah apabila pelakon-pelakon berkenaan sekadar dipilih berdasarkan wajah dan penampilan tanpa mengambil kira aspek ‘kejantanan’ yang sebenarnya perlu ada pada setiap pelakon lelaki.

“Kelemahannya adalah pabila asas pencarian (pelakon) berpaksikan ketampanan, ibarat mencari model lelaki walhal ia lebih daripada itu.

“Sekarang ini saya belum nampak lagi mana-mana pelakon baru yang ada kejantanan itu. Kebanyakannya ‘jambu’. Budak sekarang leweh, lontaran suara pun agak lembik, garaunya tak keluar.

“Perkara inilah yang membuatkan elemen maskulin sesebuah karya atau naskhah itu menjadi samar-samar,” ujarnya.

JANGAN MAIN HENTAM
Dalam masa yang sama, pelakon filem Pagari Bulan ini lantang menegur pelakon baru yang tidak berilmu, hanya bersandarkan rupa dan populariti di media sosial untuk masuk dunia drama dan perfileman.

Katanya, trend mengambil Instafamous atau influencer tak berilmu dan berbakat dalam  lakonan adalah perkara tidak sihat yang merosakkan industri.

“Trend sekarang, asal kacak dan cantik, boleh jadi pelakon. Influencer yang diambil berlakon kebanyakannya bermasalah di set. Mereka tak berpengalaman, tak berpengetahuan dan popular sahaja.

“Lakonan ada ilmunya, jangan main hentam sahaja. Nak jadi pelakon memerlukan masa yang lama.

“Saya menuntut di Indonesia antara 2001 hingga 2008, balik Malaysia pun bukan terus masuk industri seni, buat teater dulu lima tahun.

“Malah sampai sekarang saya masih belajar berlakon, siap-siapkan diri. Pergi ke Australia dan ambil kelas lakonan. Proses nak jadi pelakon memang panjang, bukan hari ini berkeinginan, esok dah masuk industri,” katanya.

Dalam masa yang sama, Wanji juga memohon agar stesen televisyen dan penerbit membuka perspektif lebih luas dalam memilih pelakon untuk drama atau filem.

“Jangan terlalu berpaksikan media sosial, asal followers ramai terus diambil berlakon. Pengikut media sosial boleh dibeli, bakat dan pengalaman tidak,” katanya lagi.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak cari mcm org dulu2 mcm Mustafa Maarof S Romainor dll tu mmg takde la. Badge Eman Manan ni yg terakhir kot
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 10:31 AM | Show all posts
salah penerbit dan pengarah jugalah, semua cerita dalam pejabat ayah gaduh dgn anak, sembang di meja makan,.....megah holding, skema cerita sendiri bab cinta sesaje.

zaman 80-90an dulu gah dengan cerita pendekar, watak askar...skrg nak harap apa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 10:32 AM | Show all posts
nak buat mcmana... dah market demand gitu...
dulu sebelum muncul zaman kegilaan Kpop mmg hero2 semua yg macho2 jd pilihan... kulit gelap, tinggi, muka bersegi, suara garau... sejak bbnu & acik2 kpop gilakan mamat2 korea hero2 pun beralih arah... putih melepak, kulit pololes, senyum ayu-ayu gitu... remos smpai tutup mata.. suara lembut2...  apa yg market nak.. itu lah yg produksi hidangkan... apa2 pun pojaan atiku tetap yg macho2 ala2 Remy & Adi Putra....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nurul8001 at 27-10-2023 10:56 AM

Ada je, tapi muka tak bole go pulak. Nampak gangster. Ammar Alfian, Pablo Polis Evo, abg Pablo tu.
Yg berlakon drama Leftenan Zana, jadi kawan hero, bukan Redza Rosli, kawan Redza, boleh groom lagi. Yg berlakon movie Malbatt tu, ramai je yg sedap pada mata memandang.
Kalau tak berapa helok pun, kalau groom elok2, boleh nampak presentable kat Layar contoh yg berlakon jadi ustaz PASKAL tu. RemiSehak masa mula2 dulu kepam gak. Lama2 nampak helok.
Saya minat RizAmin. Kenapa org tak nampak dia. Tapi, skrg dia dah tua, so, tak boleh jadi hero. Harapkan laki kakazura je la, apak nyamma.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 11:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2023 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai je yg macho dan jantan cuma kurang sedap dipandang je
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 11:16 AM | Show all posts
editor Cari terpaksa buat MN ala2 forumer nak cover majikan dari kena maki. Good dog
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 11:19 AM | Show all posts
Edited by ifanonline at 27-10-2023 11:20 AM

lelaki2 macho dan jantan tak berlakon drama...dier org berlakon filem blue

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 11:32 AM | Show all posts
ifanonline replied at 27-10-2023 11:19 AM
lelaki2 macho dan jantan tak berlakon drama...dier org berlakon filem blue

apa kepuasan yg dapat dari berlakon cite blue?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 11:43 AM | Show all posts
pokokmeranti replied at 27-10-2023 11:32 AM
apa kepuasan yg dapat dari berlakon cite blue?

boleh menunjukkan kejantanan sebenar...

lelaki2 yg berlakon drama ni selalunya mat lembut
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Macamana tak tandus, apa nak heran,pm pun boleh ambik gay tua bekas banduan
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 27-10-2023 11:07 AM
Ramai je yg macho dan jantan cuma kurang sedap dipandang je

yang sedap di pandang tu lagu mana cik kak???
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 12:20 PM | Show all posts
mmg betol pon..nak teraser apa gay boy sebatang kara  tak cukup caffein kat atas tu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sonic-bertaik replied at 27-10-2023 12:20 PM
mmg betol pon..nak teraser apa gay boy sebatang kara  tak cukup caffein kat atas tu...

Agreed dgn hang for this time.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 12:32 PM | Show all posts
pokokmeranti replied at 27-10-2023 10:31 AM
salah penerbit dan pengarah jugalah, semua cerita dalam pejabat ayah gaduh dgn anak, sembang di meja ...

ah tu la...dulu badul pun boleh jadi askar...mmg salute tgk dia dlm lawak2 gitu pun jadi hero filem askar.. takde nak bina badan ketul2 terpaling sasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2023 12:34 PM | Show all posts
pekata tepek sket muka Wanji tu..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 12:34 PM | Show all posts
editor Cari aka tongkat sudah sentap bawa keluar lagi MN backup sokong sama sendiri

get a life la
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 27-10-2023 10:06 AM
Nak cari mcm org dulu2 mcm Mustafa Maarof S Romainor dll tu mmg takde la. Badge Eman Manan ni yg ter ...

Bront Palare
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 12:46 PM | Show all posts
3M tu hesmes namati tapi apsal slalu jadi 2nd lead je??sbab muka pan asian ke sebab heolsss cakap sebutir2 setiap kali heolss bercakap??bagi iollss la heollss memang hesmes, boleh jadi hero, model plak tu selain fadhlan yang makin mengepam la ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-3-2025 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.967709 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list