CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1718|Reply: 0

YouTuber AS buat hal di Jepun

  [Copy link]
Post time 27-10-2023 07:10 AM | Show all posts |Read mode
YouTuber AS buat hal di Jepun



VIDEO tular itu menunjukkan Fidias dan tiga individu lain menaiki pengangkutan awam di sekitar Jepun tanpa membayar tambang. FOTO Agensi



Tokyo: Akibat keterlanjurannya, seorang YouTuber dari Amerika Syarikat yang mempunyai 2.4 juta pengikut memohon maaf pada Selasa, selepas videonya dan tiga individu lain menaiki pengangkutan awam di sekitar Jepun, tanpa membayar tambang, tular.

Terdahulu, YouTuber dikenali Fidias memuat naik video itu pada hujung minggu lalu menunjukkannya menaiki kereta api dan bas di sekitar Jepun dan dalam beberapa kes, dia tidak membuat sebarang bayaran.

Dalam video itu, Fidias bersembunyi di dalam tandas kereta api laju, berpura-pura sakit apabila berhadapan dengan pemungut tiket, dan kemudian melarikan diri untuk menaiki kereta api lain di mana dia menggunakan helah sama.

Satu lagi klip menunjukkan dia memasuki sebuah hotel dan berpura-pura menjadi tetamu untuk mendapatkan sarapan pagi secara percuma.

"Saya baru sahaja (mendapat) akses kepada bufet Jepun lima bintang. Kami meninggalkan hotel tanpa tertangkap dan tanpa sebarang masalah," katanya dengan penuh bersemangat di depan kamera.

Bahagian lain dalam video itu menunjukkan keempat-empat mereka, salah seorangnya, YouTuber dikenali Night Scape, yang mempunyai 1.7 juta pengikut, meminta wang daripada penduduk tempatan untuk membayar tiket.

Tidak jelas bila video itu dirakam atau sama ada tiga lelaki dan seorang wanita itu masih berada di Jepun.

"Satu lagi YouTuber pelik dan menjengkelkan dari luar negara muncul. Selain Fidias, tiga yang lain harus ditangkap," kata seorang pengguna media sosial dalam Bahasa Jepun.

Seorang lagi pengguna hairan melihat ruangan komen pada video berkenaan menerima reaksi positif.

"Polis harus menangkapnya untuk mengelakkan jenayah," katanya.

Sementara itu, pengendali kereta api wilayah, JR Kyushu berkata, pihaknya mengkaji rakaman itu sebelum memutuskan sama ada untuk memaklumkan perkara itu kepada polis.

"Kami mengetahui kes itu dan menyiasat fakta di sekelilingnya," kata seorang jurucakap kepada AFP.

Fidias pada Selasa memuat naik video permohonan maaf di saluran YouTubenya,

"Saya mohon maaf kepada orang Jepun jika kami membuat mereka berasa kurang senang, itu bukan matlamat kami.

"Mulai sekarang saya akan (melakukan) lebih banyak penyelidikan (mengenai) budaya (di tempat) yang kita pergi dan cuba menghalang perkara ini daripada berulang," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/global ... r-buat-hal-di-jepun

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.070695 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list