CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1992|Reply: 0

[Kedah] Empat kampung di Baling dilanda banjir kilat

[Copy link]
Post time 27-10-2023 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Empat kampung di Baling dilanda banjir kilat


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Oktober 26, 2023 @ 11:43pm bhnews@bh.com.my




Anggota APM Baling melakukan pemantauan di kawasan kampung yang dinaiki air susulan hujan lebat. - FOTO IHSAN APM




BALING: Hujan lebat berterusan lebih dua jam hari ini menyebabkan empat kampung di daerah ini dilanda banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz, berkata kampung terbabit adalah Kampung Baru 8, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Batu 60 dan Kampung Siput di Mukim Siong.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 5.30 petang.

Katanya, hujan lebat berterusan menyebabkan sungai berhampiran melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

"Tinjauan dan pemantauan petugas APM Baling di lokasi kejadian mendapati banjir kilat melanda beberapa kampung disebabkan sungai naik terlalu cepat hingga mengakibatkan beberapa rumah dimasuki air," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Faizol berkata, paras sungai di daerah ini dalam keadaan berjaga-jaga ketika ini.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.045921 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list