CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4168|Reply: 1

[Perak] Anak muda malu tutur loghat Perak

[Copy link]
Post time 26-10-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode

NOR HASHIMAH JALALUDDIN



IPOH: Perasaan malu tidak mahu dilabel sebagai orang kampung atau takut diketawakan oleh orang lain, menjadi antara sebab anak muda Perak enggan bercakap loghat atau dialek Perak.

Loghat Perak yang merupakan satu daripada dialek popular orang Melayu di Malaysia dilihat semakin kurang dituturkan oleh anak negeri itu khususnya generasi baharu berbanding Kelantan, Terengganu atau Kedah.

Presiden Persatuan Linguistik Malaysia, Profesor Dr. Nor Hashimah Jalaluddin berkata, penggunaan perkataan rasmi di sekolah seperti air berbanding ‘ayor’, serta pengaruh rakan sebaya menjadi antara penyumbang mengapa loghat Perak semakin kurang dituturkan.

“Sebenarnya, dialek ini sebagai khazanah bukannya benda yang patut dimalukan. Ia boleh membentuk identiti sepertimana orang Kelantan, Terangganu dan Kedah yang kuat dengan dialek masing-masing. Orang Perak sepatutnya berasa bangga dengan dialek mereka,” katanya

Beliau berkata demikian semasa ditemui dalam program Bicara Bahasa Kolokial: Melestarikan Keberdayaan Bahasa Komuniti ‘Moh Labun Loghat Perak’ di sini hari ini.

Pakar bahasa itu turut membuat pembentangan dalam program tersebut juga berkongsikan beberapa perkataan daripada dialek Perak yang sudah tidak lagi diguna pakai khususnya oleh generasi muda selain pemberian nama seperti Yeop yang tidak digunakan lagi.

Nor Hashimah menyarankan agar dialek atau loghat Perak terus dipopularkan dalam bidang seni filem dan lagu, selain pendedahan menerusi media sosial.

Di dalam program yang sama, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd. Yusof berkata, bahasa pertuturan Perak yang asli adalah bahasa dialek yang dituturkan oleh penduduk di Kuala Kangsar dan Perak Tengah.

Penduduk Perak dikatakan mempunyai pelbagai dialek bahasa mengikut kawasan atau daerah yang dipengaruhi mengikut negeri bersempadan seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan serta wilayah selatan Thailand. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... tutur-loghat-perak/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 05:15 PM | Show all posts
napa nk malu
bahasa itu budaya kita
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.887670 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list